Utama > majalah pc > Pastikan PC anda serasi dengan Windows Vista

Pastikan PC anda serasi dengan Windows Vista

Februari 22, 2007 Tinggalkan komen Go to comments

Windows Vista adalah sistem operasi (OS) pertama yang memberikan pengalaman perkomputeran berbeza mengikut kemampuan perkakasan PC. Secara amnya semua PC serasi Vista boleh memberikan pengalaman teras OS baru ini.

Jika anda inginkan pengalaman lebih baik, ia memerlukan PC baru berstatus atau berlogo Premium Ready atau PC yang setara spesifikasinya. Maknanya PC pengguna yang sedia ada termasuk yang dinaik taraf juga mampu menjalankan Vista jika spesifikasinya mematuhi atau melebihi syarat ditetapkan.

Apabila anda membeli PC baru berlogo Windows Vista Capable atau Windows Vista Premium Ready, ini bermakna ia boleh dipasang dengan salah satu edisi Vista. Semua edisi Vista memberikan pengalaman teras seperti inovasi pengurusan dan carian maklumat, keselamatan, dan kebolehpercayaan.

Semua PC berstatus Capable dapat memberikan pengalaman teras semua edisi Vista di tahap minimum. Contohnya, ia mampu memberikan ciri-ciri utama untuk perniagaan (seperti keupayaan menyertai domain) melalui edisi Business.

Sementara PC berstatus Premium Ready memberi pengalaman lebih baik berbanding PC berstatus Capable. PC yang memenuhi keperluan Premium Ready ini mampu memberikan pengalaman unik penggunaan Aero dan ciri tambahannya.

Ini meliputi produktiviti yang dipertingkatkan, peningkatan kualiti dan gaya visual. Sehubungan itu, unit pemproses grafik (GPU) yang menyokong Windows Driver Display Model (WDDM) diperlukan, kerana ia merupakan perkakasan penting untuk melengkapi PC berspesifikasi Premium Ready.

Microsoft turut menjangkakan pengguna memasang Vista pada PC sedia ada. Untuk membantu proses ini, pengguna perlu mematuhi spesifikasi minimum yang diperlukannya sekali gus menikmati pengalaman teras yang ditawarkan. Jika anda dapat mewujudkan gandingan serasi perkakasan PC dan edisi Vista, maka anda berpeluang merasai pengalaman baru yang optimum.

Majalah PC edisi Mac 2007 memberikan panduan untuk membantu anda menyediakan PC yang sesuai bagi mendapatkan pengalaman Vista yang diharapkan.

About these ads
Categories: majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: