Rumah > majalah pc > Perisian antivirus TERLARIS di Malaysia!

Perisian antivirus TERLARIS di Malaysia!

Setahun dua ini banyak betul produk keselamatan terutamanya perisian antivirus memasuki pasaran negara ini. Meskipun jenama popular sudah sekian lama bertapak di negara ini, namun jenama baru atau yang agak baru tetap gigih mencuba nasib. Kehadirannya di sini untuk bersaing, berbekalkan kelebihan yang dimiliki.

Hari ini, anda mungkin memilih jenama A. Esok lusa mungkin jenama B, C, atau D. Pertukaran cita rasa ini mungkin tidak mengambil masa sehari dua, sebaliknya mungkin lebih setahun. Seperti yang kita maklum, belum ada jenama yang 100% hebat dari semua segi. Jika tiada, yang hampir 100% layak menjadi pilihan.

Pun begitu, tidak semua orang terburu-buru memilih jenama baru. Ramai yang bersandarkan banyak alasan sebelum menukar pilihan. Ada yang masih setia dengan jenama sedia ada, mungkin kerana prestasi lampau yang masih meyakinkan. Ada juga yang teruja dengan kehebatan jenama lain biarpun dilabel jenama baru.

Apa pun alasannya, setiap jenama (yang melebihi 10 jenama setakat ini) tetap mempunyai pasaran masing-masing, samada di sektor korporat, bisnes kecil dan sederhana atau pengguna biasa di rumah. Jenama yang dianggap gergasi biasanya lebih besar bahagian pasarannya berbanding jenama baru atau kurang terkenal.

Vendor gergasi biasanya banyak bajet untuk membuka pejabat tempatan, mengadakan promosi atau meraih publisiti. Sasaran atau pelanggannya juga besar seperti syarikat-syarikat korporat. Sementara segmen kecil seperti pengguna di rumah mungkin terlepas pandang atau dibiarkan untuk diterokai oleh jenama pesaing.

Itulah hakikatnya. Kehadiran pelbagai antivirus di negara ini cuba menguasai segmen yang belum diteroka sepenuhnya. Bahagian pasaran yang masih kecil mungkin mahu digandakan. Ini boleh dilaksanakan dengan mempromosi kelebihan produk masing-masing. Jika efektif, boleh memikat pengguna jenama pesaingnya.

Soalnya, antivirus mana yang terlaris? Atau lebih tepat lagi terlaris mengikut segmen pasaran atau negara. Mengikut rekod terdahulu, jenama Norton, McAfee dan PC-cillin masih menguasai pasaran dunia. Namun, ia disaingi hebat oleh jenama lain seperti BitDefender, Kaspersky, F-Secure, CA, Panda dan banyak lagi.

Apa pun, keberkesanan strategi masing-masing mampu mengubah statistik jenama terlaris di pasaran dunia. Perubahan ini juga boleh dipengaruhi oleh penerimaan pengguna (yang meliputi pelbagai segmen) terhadap sesuatu jenama. Elok juga jika ada statistik terkini jenama terlaris, mengikut segmen pasaran di negara ini.

Dapatkan Majalah PC edisi Mei 2007 di pasaran sekarang, sementara stok masih ada. CETAKAN TERHAD..!

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

About these ads
Categories: majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: