BLOG jadi lebih menarik jika dihiasi IMEJ

Sebelum membina laman blog, biasanya pemilik akan memikirkan genre atau kategori yang ingin disertai. Kalau mengikut sebuah artikel dalam Majalah PC edisi 2007, antara kategori yang popular setakat ini ialah politik, teknologi, pelancongan, dan banyak lagi. Setiap kategori biasanya mempunyai pengaruh tersendiri.

Ambil contoh, blog kategori politik. Jika anda pernah mengunjungi blog kategori ini, setiap pos (post) yang diterbitkan selalunya berupa teks (artikel/cerita) yang mungkin panjang berjela. Berlainan pula dengan blog teknologi, pelancongan, atau makanan yang kurang menyerlah jika tidak disertai gambar-gambar menarik.

Edisi Julai 2007 kini di pasaran!

Betul, memang ada blog politik yang disertakan gambar. Bahkan, ada kandungan blog politik yang disertai foto-foto kontroversi dan terlampau. Antara motifnya, untuk meningkatkan lawatan ke laman blog tersebut. Trafik yang tinggi juga penting untuk laman blog yang disertakan dengan iklan yang menjana pendapatan.

Apa pun, usaha untuk menyelitkan foto, gambar, atau imej tidak lagi sukar seperti di peringkat awal laman blog meraih populariti. Kalau dulu, anda terpaksa menempatkan imej di lokasi berbeza dengan lokasi untuk menempatkan laman blog. Kemudian, imej itu dihubungkan (link) ke laman blog anda untuk ditayangkan.

Biarpun cara lama ini masih boleh digunakan, ada cara yang lebih senang untuk menyertakan gambar. Jika anda menggunakan khidmat pembina blog terkini seperti WordPress.com, Blogger.com, atau Multiply.com, anda boleh memuat naik (upload) gambar yang ada dalam PC terus ke laman blog untuk dipaparkan segera.

Cara ini bukan sahaja lebih mudah, malah lebih menjimatkan masa dan anda tidak perlu bimbang foto-foto yang dimuatkan itu hilang. Semua ini dipermudahkan apabila kebanyakan khidmat membina blog masakini menyokong teknologi Web 2.0. Terpulang kepada anda untuk memilih gambar/imej yang dirasakan sesuai.

Jom Kunjungi MISTI Johor 2007!

Kebanyakan artikel dalam Majalah PC edisi Julai 2007 ini, berkisar mengenai aktiviti membina laman blog dan aplikasi yang berkaitan. Dapatkan edisi ini di pasaran sementara stok masih ada. CETAKAN TERHAD! Jika berminat, anda juga boleh melanggan maklumat dari laman web ini melalui aplikasi PERCUMA ini..:)

Newzie jadi teman BARU penggemar blog!

Masih mencari aplikasi pembaca suapan (feed) yang paling sesuai? Harap-harap pencarian anda berakhir di sini, setelah mengenali Newzie. Namanya kedengaran unik apabila disebut. Begitu juga fungsi-fungsi yang ditawarkannya untuk peminat atau pembina laman web/blog yang dilengkapi kemudahan berkongsi suapan.

Beginilah rupa Newzie!

Sebelum itu, elok juga dijelaskan apa yang dimaksudkan sebagai suapan. Bagi sesetengah pengguna, istilah ini agak baru, asing dan jarang didengar. Sebetulnya istilah ini kerap dikaitkan dengan teknologi RSS/Atom yang membolehkan anda melanggan atau berkongsi info terkini pada laman web/blog yang menyokongnya.

Berbalik pula kepada Newzie tadi. Ia merupakan sebuah perisian baru (masih di peringkat beta) yang boleh melanggan dan mengurus suapan jika dipasang pada PC anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi pelayar web asas yang membolehkan anda melayari laman web seperti biasa, meskipun ia tidak dilengkapi suapan.

Sebenarnya fungsi dan cara penggunaan perisian ini diceritakan panjang lebar dalam Majalah PC edisi Julai 2007. Sesiapa yang sudah membacanya mungkin sudah menguji perisian ini dan menggemari ciri-ciri yang dimilikinya. Sekali imbas, penampilannya mirip perisian Ziepod yang mampu melanggan fail-fail podcast.

Rupa Newzie bila dibuka!

Selain perisian Newzie, laman blog popular turut dijadikan topik utama dalam Majalah PC keluaran terkini. Edisi Julai 2007 kini terdapat di pasaran. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada. CETAKAN TERHAD! Jika berminat, anda juga boleh melanggan maklumat dari laman web ini melalui aplikasi PERCUMA ini.