GAMES hari ini bukan sekadar hiburan

Sebut sahaja “games”, pasti ramai yang terbayang ‘keseronokan’ bermain permainan alaf baru ini, samada menggunakan PC di rumah atau di kafe-kafe siber. Genre dan kategorinya juga pelbagai dari yang semudah Solitaire hingga yang sehebat Doom 3 dan Tomb Raider, yang juga menjadi filem-filem bercorak fiksyen.

Bermain games mudah seperti yang ada dalam Windows mungkin sesuai untuk mengisi masa lapang atau merehatkan minda buat seketika. Bagaimanapun, ramai penggemar games hari ini yang sanggup berbelanja lebih dengan mengunjungi kafe siber yang menawarkan judul-judul games terkini yang terdapat di pasaran.

Edisi September 2007 kini di pasaran!

Tidak seperti di rumah, kafe siber sering dijadikan medan untuk ‘menajamkan’ skil seseorang bermain atau sekadar menguji keupayaan bertarung dengan pemain lain. Malah, peluang bertarung dengan ramai pemain (secara dalam talian atau melalui rangkaian) merupakan antara ciri penting bagi kebanyakan games hari ini.

Sehubungan itu, kemudahan yang disediakan di kafe siber hari ini semakin canggih. Terutamanya di bandar besar di seluruh negara. Sebahagian pusat hiburan siber ini sudah dilengkapi sambungan internet jalur lebar bagi membolehkan pemainnya bertarung sesama mereka, secara dalam talian atau dari lokasi yang berbeza.

Selain talian internet berkelajuan tinggi, spesifikasi PC yang digunakan juga seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Kini, tidak sukar untuk mencari kafe siber yang dilengkapi PC dengan pemproses terkini daripada Intel atau AMD. Setiap kafe siber cuba menawarkan PC terkini untuk menarik minat pengunjung.

Satu lagi daya tarikan ialah penggunaan PC yang dilengkapi kad grafik canggih – jenama ATI atau NVDIA. Kedua-dua jenama ini memang terkenal di kalangan peminat games di seluruh dunia, termasuk pemilik PC di rumah. Mereka juga boleh membina PC games sendiri (DIY) yang dilengkapi kad grafik pilihan mereka.

Sinar Harian edisi KL & Selangor!

Keselesaan juga boleh mempengaruhi individu berkunjung ke sesebuah kafe siber. Jadi, tidak hairanlah jika ada kafe siber yang mempunyai hiasan dalam seperti sebuah hotel. Kerusinya juga empuk dan selesa sesuai dengan keinginan pengunjung. Pendek kata, games nyata menyumbang kepada kemajuan industri hiburan..:)

Untuk maklumat lanjut mengenai games, dapatkan Majalah PC edisi September 2007 – yang kini beredar di pasaran. Topik yang ditampilkan merangkumi perkakasan, seperti kad grafik dan judul games terkini. Anda juga boleh melanggan pelbagai sumber atau info tambahan yang berkaitan ICT, secara PERCUMA di sini.

Apple iMac baru, lebih elegan dan hebat?

Makin canggih malah ramah pengguna. Mungkin inilah kesimpulan yang boleh dibuat setelah “bersemuka” dengan versi terkini komputer iMac, yang dilancar baru-baru ini. Nampaknya, komputer keluaran Apple ini tampil dengan reka bentuk lebih bergaya, elegan dan masih mengekalkan cirinya yang mudah dikendalikan.

Selain dilengkapi hanya sebutir skru, penciptanya memilih aluminium dan kaca sebagai material atau bahan untuk membina “badannya”. Kedua-dua bahan terpilih ini juga mencerminkan ketahanan, elegan, dan boleh dikitar semula. Inilah antara kelebihan pada komputer canggih yang tampil dengan reka bentuk kompak ini.

iMac terbaru berkuasa Intel Core 2 Duo

Sekali imbas, iMac baru ini bukan sebuah komputer biasa. Jika dibandingkan dengan sebuah PC dekstop, ia seolah-olah tidak memiliki unit pemproses pusat (CPU). Atau hanya sekadar monitor LCD, papan kekunci, dan tetikus. Sebenarnya, unit CPU itu sudah dicantum bersama LCD yang turut dilengkapi pelbagai “port”.

Anda mungkin juga tertanya-tanya, ke mana perginya aksesori yang lain. Aksesori seperti pembesar suara, kamera video, dan mikrofon sebenar sedia terbina pada CPU tadi. Saiznya juga agak kecil dan senang pula terlepas pandang. Apa yang menariknya komputer ini dilengkapi pemproses Intel Core 2 Duo yang terkini.

Penggunaan cip Intel dalam komputer Apple mungkin tidak pernah difikirkan beberapa tahun lalu. Namun, impian ini terus menjadi realiti, menerusi kemunculan produk seperti iMac. Spesifikasi yang ditawarkannya juga tinggi, misalnya memori (RAM) mencecah 4GB (Gigabait) manakala storan sehingga 1TB (Terabait).

Itu kemampuan perkakasannya. Tidak dinafikan, prestasi iMac juga menonjol jika dipakej dengan pelbagai perisian yang canggih dan terus ditambah baik. Contohnya perisian iLive ’08 kini menggabungkan pelbagai aplikasi (seperti iPhoto, iMovie, iWeb, iDVD, dan GarageBand) untuk mengendali pelbagai media digital.

International Hacking Competition 2007

Mungkin, kemunculan iMac baru ini menandakan Mac dan PC terus bersaing atau lebih tepat lagi memberi pilihan kepada pengguna yang berbeza cita rasa dan keperluannya. Seperti yang kita ketahui, kedua-duanya mampu mengendalikan aplikasi multimedia. Cuma Mac masih dilihat eksklusif manakala PC lebih terbuka..:)

Jika berminat anda boleh mendapatkan Majalah PC edisi Ogos 2007 yang sedang beredar di pasaran. Topik yang turut dibincangkan mencakupi perkakasan dan perisian untuk mencipta muzik digital. Selain itu, anda boleh melanggan pelbagai sumber atau maklumat tambahan yang berkaitan ICT, secara PERCUMA di sini..:)

« Older entries