Pastikan laptop kesayangan anda selamat!

Nampaknya, trend menggunakan notebook semakin ketara. Rata-rata pengguna hari ini memang berminat menggunakannya (notebook), kerana ia bukan lagi barangan mewah. Ia bukan sahaja untuk golongan bekerja malah penuntut di IPTA/IPTS pun sudah mampu memilikinya, untuk memenuhi keperluan masing-masing.

Notebook atau laptop ini kian diminati kerana beberapa faktor. Antaranya reka bentuk fizikalnya jauh lebih kecil, ringan, dan mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu prestasi/keupayaannya hampir setara dengan PC biasa. Boleh melakukan banyak tugas dan harganya berpatutan, sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan.

MPC edisi Oktober 2007 kini di pasaran!

Wujudnya kemudahan terkini (seperti akses internet tanpa wayar seperti WiFi dan 3.5G) juga menyumbang kepada populariti notebook. Jika diperhatikan di sekeliling, kita boleh melihat pengguna notebook bersantai di premis yang ada capaian internet wayarles, misalnya di restoran atau pusat rehat dan rawat di lebuh raya.

Bagaimanapun, dalam keasyikan pengguna menggunakan alat ini, aspek keselamatan jangan diabaikan. Ini meliputi keselamatan notebook itu sendiri dan fail berharga yang tersimpan di dalamnya. Biarpun notebook tersebut hanya berharga RM 2,000, namun maklumat yang tersimpan di dalamnya boleh jadi tidak ternilai.

Kita sedia maklum, ancaman terhadap keselamatan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Pertama, notebook itu boleh diserang dan dijangkiti virus, cecacing, trojan atau perisian lain yang berniat jahat. Kesannya, data mungkin rosak, hilang, sukar dipulihkan atau mungkin jatuh ke tangan pihak yang tidak bertangguggjawab.

Disebabkan capaian internet semakin penting hari ini, maka risiko notebook anda dijangkiti tetap ada. Jika kurang mampu untuk memiliki antivirus, cukuplah menggunakan mana-mana versi percuma (lihat gambar), yang boleh dimuat turun dari internet. Jika boleh, pilih yang terbaik dan boleh dikemaskini fail definisinya.

Selain menggunakan perisian antivirus, keselamatan notebook itu sendiri lebih penting. Jika ia dicuri sudah tentu segalanya akan hilang – data penting dan notebook tersebut. Sehubungan itu, anda perlu berjaga-jaga seperti menggunakan kabel berkunci atau memasang perisian penggera yang boleh mengejutkan si pencuri.

Selain Majalah PC, anda boleh melanggan pelbagai maklumat tambahan ICT secara PERCUMA di sini..:)

Kemusykilan anda akan terjawab di sini!

Lebih sedekad lalu, ramai yang melihat teknologi maklumat (IT) hanya untuk kelompok tertentu sahaja. Ini termasuklah golongan yang mahir mengendalikan komputer seperti jurutera atau pengaturcara. Pada ketika itu, orang biasa sekadar memerhati atau mendengar kehebatannya yang mampu mengubah ekonomi dunia.

Itu cerita lama. Tetapi situasi hari ini sudah berubah. Teknologi yang pernah dianggap eksklusif itu menjadi milik semua orang. Sesiapa sahaja mampu menguasainya asalkan berminat. Malah, orang ramai dari murid sekolah hingga warga emas digalakkan mengguna prasarana IT, sekali gus untuk merapatkan jurang digital.

Edisi Oktober 2007 kini di pasaran!

Seperti kemahiran yang lain, kemahiran IT juga boleh diajar dan dipelajari. Ia boleh dimulakan dengan satu pertanyaan ini: bagaimana? Bermula dari pertanyaan yang bersifat ingin tahu ini, individu boleh meneroka sesuatu yang baru/asing baginya sebelum ini. Dengan sedikit dorongan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Dorongan yang dimaksudkan ini datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya, galakan kerajaan dan prasarana yang disediakan seperti PC dan talian internet. Kewujudan pelbagai khidmat yang berasaskan prasarana ini di seluruh dunia juga menambah minat orang ramai. Misalnya, khidmat berkongsi maklumat menerusi web.

Apabila rasa ingin tahu makin menebal, orang ramai akan menggunakan pelbagai sumber untuk menambah ilmu dan kemahiran mereka. Sebahagiannya boleh diperolehi dari kursus berkonsepkan IT, sumber-sumber dalam internet itu sendiri, atau menerusi pelbagai media massa – termasuk media cetak seperti Majalah PC.

Media yang hampir seusia dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) ini cuba menampilkan sedikit kelainan pada kali ini. Fokusnya adalah berdasarkan kepada soalan ‘bagaimana’. Soalan ini memang popular bahkan sering diajukan oleh pembaca apabila mereka ingin tahu mengenai sesuatu, terutamanya yang berkaitan IT.

Sebahagian pertanyaan yang diajukan ada kaitan dengan perkakasan dan perisian PC. Ada juga soalan yang berhubung kait dengan masalah IT yang pernah dialami ketika mereka belajar, bekerja atau bermain. Sudah menjadi lumrah. Ada pertanyaan senang untuk diselesaikan, selebihnya agak sukar dan memerlukan masa.

Selain Majalah PC, anda boleh melanggan pelbagai maklumat tambahan ICT secara PERCUMA di sini..:)