Rumah > majalah pc > Fuyoo, banyaknya telefon bimbit di Malaysia!

Fuyoo, banyaknya telefon bimbit di Malaysia!

Apabila seorang pakar ICT mendedahkan bertapa banyaknya jualan telefon bimbit di Malaysia pada tahun 2006, hadirin yang hadir tidak terkejut. Sebaliknya, ramai tersenyum tidak kurang juga yang ketawa. Boleh jadi mereka setuju atau faham dengan cita rasa orang di Malaysia – gemarkan gajet-gajet baru dan canggih!

“Saya hairan kenapa begitu banyak jualannya”. Katanya lagi, yang dijemput ke negara ini untuk berceramah mengenai topik keselamatan ICT. Pada masa yang sama beliau mengakui, kadar peningkatan jualan telefon bimbit di negara ini terutamanya lebih hebat berbanding sesetengah negara – termasuklah di negara-negara Eropah.

media.jpg

Apa faktor pendorongnya? Jika soalan ini diajukan pasti ramai boleh menjawabnya dengan tepat. Lihat saja di sekeliling anda. Hampir setiap orang menggunakan gajet komunikasi mudah alih itu. Dari budak sekolah sehingga datuknya. Sesiapa sahaja mampu memilikinya, setidak-tidaknya sebuah model biasa atau yang “second hand”.

Jika ada yang memiliki lebih dari sebuah, mungkin itu keperluannya. Jika ada yang mampu membeli model baru setiap bulan atau bertukar beberapa kali setahun, barangkali mengikut “trend”. Atau memang ‘gilakan’ gajet jenis ini. Manakala golongan yang kurang mampu, mungkin hanya setakat bertukar-tukar ‘casingnya’.

Menyedari aliran baru ini, pelbagai pihak mengambil kesempatan. Lebih-lebih lagi pengeluar atau pembuat alat komunikasi ini. Setiap tahun puluhan dan mungkin ratusan model dikeluarkan dengan pelbagai jenama, dari model yang biasa-biasa saja sehingga model yang lebih pintar dan canggih. Iklannya, jangan ceritalah!

Kalau dilihat tahap kemajuan prasarana telekomunikasi di negara ini, masih tidak setara dengan sesetengah negara luar. Sesetengah negara sudah biasa dengan teknologi 3G dan ke atas. Sedangkan ramai pengguna di sini masih tidak pedulikan kecanggihan 3G ini. Bagi sesetengah orang, sekadar berbalas SMS sudah mencukupi..:)

Selain syarikat telekomunikasi dan sekutunya, ada satu lagi pihak yang mengambil kesempatan. Pihak yang SATU ini (tikus siber) selayaknya diuar-uarkan, demi kebaikan semua. Apabila ramai pengguna memiliki telefon bimbit, golongan ini cuba memasang jerat SMS untuk menipu dan merampas RM orang ramai. Awas yaa kamu..:)

P/S: Walaupun sudah berkali-kali diingatkan menerusi pelbagai jenis media, tetapi masih ada yang terkena. Jangan salahlah pihak media..:)

Selain Majalah PC, anda boleh melanggan pelbagai maklumat tambahan ICT secara PERCUMA di sini…Sampai ketemu lagi..:)

About these ads
Categories: majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.
Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.
%d bloggers like this: