Utama > majalah pc > Selamat datang ke Majalah PC Xtra

Selamat datang ke Majalah PC Xtra

Julai 7, 2006

1. Mencatat nota & acara dalam Exstora
Anda tidak perlu tahu pengetahuan teknikal bagi menggunakan perisian ini. Tujuannya memberi keselesaan ketika menggunakan dan mudah untuk dimulakan. Jika anda berminat mencubanya, dapatkan (download) failnya di tapak web pembangunnya di http://www.exstora.com/. Saiz failnya hanya kira-kira 271 KB dan menyokong Windows 2000/XP/2003. Selepas failnya diperolehi, pasang (install) ke dalam PC anda. Proses pemasangannya mudah dan cepat. Ia juga bersifat boleh alih untuk ditempatkan ke dalam storan USB flash.

2. Kumpul maklumat terperinci PC
Sesetengah pengguna berminat untuk mengetahui aspek teknikal PC yang dibeli dan digunakan secara lebih mendalam. Contohnya, peranti dalaman yang digunakan dan komponen perisian yang dipasang. Maklumat lanjut mengenai aspek tersebut boleh diperolehi melalui aplikasi yang disediakan Windows, namun butiran yang diberikan mungkin tidak menyeluruh. Jika menyeluruh sekalipun, cara untuk mengaksesnya mungkin menyulitkan. Bagi mengatasi kesulitan ini, anda boleh menggunakan perisian khas seperti WinAudit v2.10.

3. Cara mudah lindungi maklumat sulit
Sebelum ini, anda mungkin pernah mencuba beberapa teknik untuk melindungi data daripada diakses oleh orang lain yang tidak sewajarnya. Antaranya melindungi fail yang dimampat (zip) dengan kata laluan selain menggunakan perisian bercorak enkripsi/dekripsi. Apa pun anda bebas mencuba perisian-perisian lain yang seumpamanya tetapi menawarkan pendekatannya yang agak berbeza. Contohnya, anda boleh menggunakan perisian percuma tetapi unik seperti Steganos LockNote yang boleh diperolehi di http://www.steganos.com.

4. Teknik mudah bina & guna RSS
Penyebaran maklumat melalui teknologi RSS (Really Simple Syndication) kini popular di kalangan pemilik tapak web/blog. Antaranya disebabkan RSS menggunakan konsep perkongsian kandungan yang dinamakan ‘sendiket’. Jadi, anda boleh menyediakan makumat terkini yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja di serata dunia. Apa yang menarik RSS boleh dijadikan saluran untuk memikat pengguna internet agar mengunjungi sesebuah laman web/blog atau menarik lebih ramai pelawat. Ini bergantung kepada kualiti maklumat anda.

5. Dapatkan pembaca RSS GreatNews
GreatNews, merupakan antara pemaca RSS mesra pengguna yang menawarkan pelbagai ciri menarik untuk diuji. Antara daya tarikannya ialah fungsi label untuk menandakan mana-mana suapan yang menarik untuk dibaca seluruh kandungannya. Suapan-suapan yang dilabel itu boleh dihimpunkan bagi memudahkan anda untuk mengaksesnya semula. Pembaca RSS mudah alih ini turut dilengkapi fungsi untuk berkongsi saluran RSS. Ini dilakukan melalui fungsi import/eksport fail XML/OPML (Outline Processor Markup Language).

6. Dapatkan Majalah PC Xtra terkini
Mulai edisi Januari 2006, Majalah PC akan menyertakan maklumat ICT tambahan yang dikenali sebagai “MPC Xtra”. Sisipan “comel & padat” ini mengandungi artikel-artikel yang berbentuk kemahiran ICT. Tujuannya, tentu sekali untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT anda. Jadi, pastikan anda terus mendapatkan Majalah PC di pasaran untuk mendapatkan info percuma ini.

7. Majalah PC – Edisi April 2006
Antara artikel mahir IT yang menarik: Membendung ancaman parasit PC | Firewall percuma pilihan untuk diuji | Kebebasan melalui aplikasi mudah alih | Mencipta imej kreatif dengan FxFoto | Simpan data secara manual & automatik | MS Word – menetapkan pintasan menu | Teknik asas menguji perisian anti virus | Melindungi data dalam storan USB. Jadi, dapatkan Majalah PC di pasaran sekarang. Terus maju bersama Majalah PC.

8. Kunjungi tapak web Majalah PC
A’kum, kepada semua pembaca budiman. Selain dalam bentuk bercetak, anda juga boleh mendapatkan maklumat ICT menerusi tapak web rasmi kami yang beralamat di http://www.karangkraf.com/majalahpc. Jika ada kelapangan dan mempunyai akses internet layarilah tapak web terhebat kami untuk mendapatkan maklumat.

9. Pesta Buku Antarabangsa 2006
A’kum, kepada semua pembaca Majalah PC yang budiman. Pada bulan Mac – April ini kami turut serta dalam Pesta Buku Antarabangsa 2006 di PWTC. Acara ini bermula dari 24 Mac hingga 2 April 2006. Selain menjual keluaran terkini, Majalah PC keluaran lepas turut dijual. Jadi datanglah beramai-ramai. Jumpa di sana, sekian terima kasih.

Kategori:majalah pc
%d bloggers like this: