Utama > majalah pc > Perkhidmatan dan perisian percuma

Perkhidmatan dan perisian percuma

Julai 10, 2006

1. Memasang pembaca RSS pada pelayar web
Sejak beberapa tahun lalu, penggunaan teknologi RSS (Really Simple Syndication) di kalangan penyedia maklumat semakin berkembang, khususnya yang melibatkan pemilik tapak web/blog. Ia digunakan sebagai saluran untuk menyebarkan info semasa secara meluas dan berkesan. Kemajuan pesat ini juga menyaksikan kemunculan berjuta suapan RSS dalam internet untuk diakses dan dikongsi. Malah, ia boleh dilanggan pada bila-bila masa menerusi aplikasi pembaca RSS – seperti Sage yang dipasang pada pelayar Mozilla Firefox.

2. Membina RSS dengan IceRocket
Ramai pengguna internet (termasuklah pemilik tapak web/blog) ketika ini sudah menyedari bahawa saluran RSS boleh dijadikan alternatif untuk menyebarkan maklumat. Mereka boleh memuatkan saluran tersebut ke dalam tapak web atau blog mereka untuk mengekalkan atau menarik ramai pelawat. Tetapi dengan syarat, maklumat yang terkandung di dalam saluran RSS memberikan manfaat kepada pelawat. Apa yang menarik, pengguna internet kini mampu menerbitkan sendiri saluran RSS tanpa perlu memiliki tapak web atau blog.

3. Tomahawk PDF+ miliki pelbagai fungsi

Format dokumen mudah alih atau lebih dikenali sebagai PDF (Portable Document Format) telah digunakan pelbagai industri sejak lebih sedekad lalu. Penggunaannya semakin popular kerana sesiapa sahaja berupaya menghasilkannya – samada menggunakan perisian komersial atau percuma. Kini, anda boleh menghasilkan sendiri fail PDF menggunakan perisian percuma seperti Tomahawk PDF+. Fail PDF yang telah dihasilkan itu kemudiannya boleh dicetak, dilindungi, dikongsi, dan diterbitkan menerusi tapak-tapak web atau blog.

4. Password Corral – pastikan kata laluan terurus

Usaha menjejaki kata laluan (password) yang banyak menjadi lebih mudah sekiranya perisian yang sesuai digunakan. Perisian Password Corral v4.02 contohnya, menyediakan ruang secukupnya untuk menyimpan pelbagai butiran kata laluan yang dimuatkan seperti nama pengguna (username) dan tarikh luputnya. Selain mengimport dan mengeksport kata laluan ke PC lain, ia berupaya mengurus kata laluan yang disimpannya. Untuk memudahkan anda, ia menggunakan kata laluan tunggal untuk melindungi seluruh kandungannya.

5. Foxit Reader – pembaca PDF alternatif

Kadangkala anda perlu mengutip/mengambil fail PDF daripada internet, tapak web, atau blog. Kebanyakan pengguna mungkin memilih perisian Adobe Reader yang popular dan percuma untuk membuka, menayang dan mencetak dokumen tersebut. Tambahan Acrobat Reader sudah digunakan sejak sekian lama – kini ada beberapa versi dan saiznya juga agak besar. Mungkin kerana saiznya, prestasi Adobe Reader agak perlahan apabila membuka fail-fail PDF, sedangkan pesaingnya Foxit Reader menunjukkan prestasi yang lebih baik.

6. Mencipta PDF dengan OpenOffice.org

Penggunaan format dokumen mudah alih atau ringkasnya PDF semakin popular. Format ini memudahkan anda berkongsi dokumen seperti laporan, biodata, surat, buku, novel, e-buku, manual atau borang. Fail PDF juga mirip dokumen bercetak kerana kandungannya tidak mudah dipinda dengan sewenang-wenangnya. Ini menjadikan dokumen PDF ‘lebih dipercayai’ berbanding dokumen lain seperti RTF atau DOC. Sifat seperti ini menjadikan PDF sesuai digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui internet, e-mel, web dan blog.

Kategori:majalah pc
%d bloggers like this: