Utama > majalah pc > Storan maya rangsang aktiviti internet

Storan maya rangsang aktiviti internet

Jika anda masih ingat, bencana alam seperti gempa bumi yang berlaku di selatan Taiwan baru-baru ini telah mengemparkan banyak pihak. Antara yang terjejas pastinya pihak yang menggunakan kemudahan internet dan telekomunikasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Ini meliputi pasaran saham, syarikat e-dagang, pengusaha kafe siber dan pengguna internet – di pejabat atau di rumah. Antara kesan ketaranya, akses yang lembab atau perlahan, sekali gus menyukarkan pelayaran web, aktiviti memuat turun atau pemindahan fail.

Sebenarnya, kesan bencana alam itu hanya memburukkan lagi keadaan. Sedangkan hakikatnya, pengguna internet semakin bertambah ramai dan juga menyumbang kepada kesesakan talian, lebih-lebih lagi di waktu puncak. Pada masa sama semakin banyak pihak tertumpu kepada internet untuk membangunkan bermacam jenis aplikasi yang menggunakan kelebihan internet. Antaranya aplikasi membina blog, menyimpan fail, e-mel, kolaborasi, dan komunikasi. Bayangkan jika dunia hari ini tanpa internet. Bagaimana reaksi manusia?

Sejak kemunculan internet, aktiviti yang berkonsepkan dalam talian (online) semakin meningkat dari masa ke semasa. Paling ketara ialah membina tapak web, membina blog, mewujudkan jaringan sosial, berkongsi fail, menyebarkan maklumat dan komunikasi. Aktiviti ini boleh dikelaskan kepada pelbagai kategori yang biasanya melibatkan kelompok tertentu. Ada yang mahir, aktif, dan baru mencuba. Keajaiban internet juga boleh mewujudkan jaringan manusia (dikenali atau tidak) di seluruh dunia, tanpa mengira batas sempadan.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. Januari 15, 2007 at 12:28 pm

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: