Utama > majalah pc > PDFCreator – hasilkan dokumen canggih

PDFCreator – hasilkan dokumen canggih

Usahawan boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk memasar dan mempromosi produk/khidmat mereka. Antara cara yang boleh digunakan menerusi penyebaran maklumat berkaitan produk/khidmat itu menerusi tapak web, laman blog, atau e-mel. Jika kaedah seperti ini dipilih anda boleh menampilkan maklumat yang berkaitan dalam bentuk fail PDF (Portable Document Format) agar penerimanya boleh memuat turun untuk membacanya. Tambahan PDF semakin mudah dicipta melalui pencetak maya percuma seperti PDFCreator.

Apa yang menarik perisian ini membolehkan anda menambah kata laluan pada PDF yang dihasilkan dan ini mengelak dokumen daripada dibuka dan diubah kandungannya. Ia juga boleh mencipta fail PDF menerusi pelbagai aplikasi Windows – selagi aplikasi ini boleh mencetak dokumen sebagai fail PDF. Ringkasnya, ia boleh beroperasi seperti pencetak. Anda boleh memantau proses cetakan menerusi pemantaunya yang ada dalam folder Printers dalam menu Start atau pada System Tray. Fail sedang diproses juga boleh dipadam.

Perisian ini boleh dikatakan senang dikendalikan. Selepas perisian ini memasang driver pencetak mayanya, apa yang perlu dibuat ialah membuka sebarang program, kemudian tekan menu Print dan pilih PDFCreator dari senarai pilihan pencetak yang tersedia. Selepas memilih PDFCreator dari senarai tadi, sebuah tetingkap akan dibuka dan meminta butiran (seperti nama, lokasi, pilihan untuk menambah kata laluan dan lain-lain lagi) pada PDF. Disebabkan perisian ini percuma, ia boleh dipasang dan digunakan tanpa perlu mendaftar.

Pencipta fail PDF ini boleh beroperasi dengan baik manakala hasilnya boleh dikatakan memuaskan. Dalam versi barunya ada beberapa penambah baikan seperti System Tray Properties, butang Cancel, dan sokongan pemproses AMD64. PDFCreator versi 0.9 ini hanya bersaiz 10.42MB selain serasi dengan sistem operasi (OS) Windows Windows 95/98/NT/2000/XP. Anda juga boleh memuat turun (download) failnya di alamat http://sourceforge.net/projects/pdfcreator/. Berikut adalah ciri-ciri dan panduan menggunakannya.

Usahawan Ratu Sehari, adalah contoh sebuah dokumen PDF yang dihasilkan menggunakan perisian ini.

Selamat mencuba dan teruskan membaca Majalah PC Xtra.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: