Utama > majalah pc > K-Meleon pecah monopoli Internet Explorer

K-Meleon pecah monopoli Internet Explorer

MicroWorld eScan Anti-Virus

Tidak salah jika anda melupakan Internet Explorer untuk seketika kerana hendak menguji pelayar web unik seperti K-Meleon. Masakan tidak jika ia bersedia memberikan kebebasan kepada anda untuk mengawalnya dan memberikan pengalaman melayari web dengan selamat. Biarpun saiznya kecil dan pemukanya ringkas, namun ini tidak bermakna fungsinya juga terhad. Sebaliknya, ia menampilkan beberapa ciri unik yang tiada pada pelayar web lain. Ia termasuklah keupayaan untuk membaca berita atau suapan RSS yang dilanggan.

K-Meleon boleh dimuatkan dengan lebih pantas dan ringan berbanding Firefox. Selain itu, ia menawarkan pelbagai fungsi menarik dan tersendiri untuk melayari internet. Antaranya, laman web yang diakses disusun secara berlapis (layer) dan bukannya secara sisi (tab) seperti sesetengah pelayar web. Prestasinya dikatakan cukup pantas dan ringan untuk sistem operasi (OS) Windows. Ia bermodalkan kelebihan enjin pemprosesan Gecko dari Mozilla. Apa yang paling penting, perisian sumber terbuka ini boleh diperolehi secara percuma.

Douglas McFadzean turut berjaya mencipta versi mudah alihnya yang digelar Portable K-Meleon. Versi ini bebas sepenuhnya dan tidak bergantung kepada teknologi Internet Explorer (IE), seperti sesetengah pelayar web lain. Ia boleh berfungsi dengan efisyen dan selamat dari pemacu USB flash, tanpa meninggalkan jejak pada PC yang mengendalikannya. Versi mampat dan mudah alih ini masih menawarkan ciri-ciri yang sama dengan versi asalnya. Malah, ia lebih mudah digunakan kerana tidak perlukan proses pemasangan (install).

Apakah mungkin sudah sampai masanya untuk ‘merehatkan’ pelayar web Internet Explorer?

Anda mungkin menemui jawapannya dalam Majalah PC Februari 2007. Selamat membaca.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: