Utama > majalah pc > Produk inovatif MicroWorld kini di Malaysia

Produk inovatif MicroWorld kini di Malaysia

MicroWorld eScan Anti-Virus

Ungkapan “Terima Kasih!” cukup sinonim dengan kumpulan muzik tempatan, Alleycat, suatu masa dahulu kerana gaya sebutannya yang tersendiri. Ungkapan hampir sama turut diucapkan oleh Govind Rammurthy ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini. Biarpun namanya tidak sepopular Shahrukh Khan, namun Ketua Eksekutif (CEO) MicroWorld Tecnologies Inc. (www.mwti.net) yang berpangkalan di Mumbai, India ini ada alasan tersendiri untuk lebih dikenali ramai, terutamanya melalui produk-produk keluaran syarikatnya.

Syarikat yang diterajuinya sedang mempromosi produk-produk keselamatan komputer dan kandungan yang inovatif, seperti eScan, MailScan, eConceal, X-Spam, dan eTraq. Syarikat pengeluar perisian keselamatan ini turut menampilkan teknologi barunya yang dikenali sebagai MicroWorld Winsock Layer (MWL) untuk menjadikan produknya lebih berkesan selain dilengkapi pelbagai ciri, mudah digunakan dan mampu milik. Produk tersebut turut disasarkan untuk kegunaan pengguna di rumah, perniagaan, dan institusi pendidikan.

Apa yang menarik syarikat ini telah memilih Malaysia sebagai hab untuk menembusi pasaran tempatan dan beberapa buah negara lain di rantau Asia Pasifik. Bagi pengguna tempatan yang pernah, sedang, dan bakal menghadapi ancaman semasa internet seperti virus, spyware dan adware boleh mendapatkan perisian eScan (perisian anti-virus, spyware & adware) di pasaran. Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat, Filia Systems Sdn. Bhd. (03-78462109) telah dilantik penjadi pengedar utama produk MicroWorld di negara ini.

Untuk maklumat lanjut, dapatkan Majalah PC edisi Mac 2007 yang akan muncul di pasaran tidak lama lagi.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: