Utama > majalah pc > Karnival ICT di UPSI dapat sambutan meriah

Karnival ICT di UPSI dapat sambutan meriah

MircoWorld eScan Anti-Virus

Karnival besar-besaran yang bertemakan ICT, Flora dan Fauna 2007 atau ringkasnya KIFF ’07 yang diadakan buat julung kalinya di Tanjung Malim, Perak pada 26, 27, & 28 Januari lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak penganjur memilih Dataran Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai lokasinya.

Kebanyakan pengunjungnya terdiri daripada penghuni kolej berkenaan, penghuni kampus UPSI dan penduduk berdekatan dengan lokasi karnival. Bagi memeriahkan lagi karnival ini diadakan jualan pelbagai aksesori komputer, perisian dan perkakasan, pelbagai spesis bunga, bonzai, pameran haiwan eksotik, agensi kerajaan dan beberapa lagi acara menarik.

Gerai jualan produk-produk ICT seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, dan aksesorinya, antara gerai yang mendapat perhatian pengunjung kerana menawarkan harga berpatutan. Gerai Majalah PC serta beberapa majalah lain di bawah naungan Karangkraf turut mendapat sambutan yang menggalakkan, terutamanya di kalangan penuntut di sini.

Sementara itu, gerai Filia Systems yang menyertai karnival ini turut mendapat perhatian pengunjung. Syarikat ini memasarkan perisian antivirus eScan keluaran MicroWorld bagi melindungi PC dan komputer riba pengguna. Apa yang menarik, pengunjung ditawarkan khidmat imbasan virus secara percuma jika membawa PC atau komputer riba ke gerai ini.

Untuk maklumat lanjut nantikan Majalah PC edisi Mac 2007 yang akan terbit di pasaran.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: