Utama > majalah pc > Windows Vista nantikan reaksi pengguna PC

Windows Vista nantikan reaksi pengguna PC

MicroWorld eScan Anti-Virus

Akhirnya, sistem operasi (OS) baru Microsoft yang diuarkan-uarkan kehebatannya di seluruh dunia sejak kebelakangan ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Pelancaran ini adalah susulan kepada pra-tonton yang telah di adakan di ibu negara pada tahun lepas. Apa yang penting buat masa ini adalah reaksi pengguna persendirian dan perniagaan di negara ini? Adakah golongan ini begitu teruja atau mengambil sikap tunggu dan lihat?

Semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan masing-masing. Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang dibuat sejak pra-tonton lagi, bakal pengguna memberikan reaksi yang pelbagai. Memang ada yang begitu teruja dengan keunikan yang ditawarkan dan masih ramai yang memerlukan masa untuk menilainya sebelum bertukar kepada OS baru ini. Sebelum anda beralih arah, PC anda perlu mematuhi kehendak minimum Vista.

Ketika tinjauan dibuat semasa pra-tonton, kebanyakan vendor menampilkan PC dan notebook yang berspesifikasi tinggi. Antaranya yang dilengkapi pemproses baru daripada Intel, seperti Core 2 Duo. Meskipun kapasiti minimum memori (RAM) 512MB sudah cukup, namun kebanyakan vendor mencadangkan sebanyak 1GB. Alasannya, Vista memerlukan spesifikasi tinggi untuk menampilkan keunikan yang diingini.

Penjelasan lanjut mengenai Vista tampil dalam Majalah PC edisi Mac 2007 nanti.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: