Utama > majalah pc > Pengesan virus efektif, percuma & mudah alih

Pengesan virus efektif, percuma & mudah alih

MicroWorld eScan Anti-Virus

Pengguna yang aktif menggunakan e-mel dan internet biasanya tidak terkecuali daripada terkena jangkitan yang tidak diingini seperti virus dan spyware. Apa yang pasti, jangkitan ini boleh berlaku tanpa anda sedari, contohnya ketika membuka sisipan e-mel, mengunjungi tapak web, atau memasang perisian tertentu. Tetapi risikonya boleh dikurangkan sekiranya beberapa langkah keselamatan diambil. Ini termasuklah menggunakan perisian pengimbas virus dan spyware yang efektif seperti MicroWorld Anti Virus & Spyware Toolkit Utility.

Utiliti ini dikatakan mampu mengimbas dan membersihkan sistem daripada virus, adware, spyware, trojan, ralat registry, dan program nakal lain. Anda boleh mengarahkannya supaya melakukan pengimbasan secara khusus atau menyeluruh dan melaporkan objek merbahaya yang berjaya dikesan. Selain boleh mengimbas program merbahaya yang beroperasi dalam memori, ia juga boleh diaktifkan sebaik sahaja PC dihidupkan. Selain itu, dapatkan versi terbarunya untuk memastikan anda mendapat pengkalan data virus terkini.

Anda boleh mendapatkan versi percuma perisian ini di tapak web pembangunnya, MicroWorld Tecnologies Inc. Syarikat ini turut memasarkan pelbagai versi komersial perisian antivirus dan keselamatan kandungan keluarannya seperti eScan, MailScan, eTraq, eConceal, dan X-Spam. Filia Systems Sdn. Bhd. telah dilantik menjadi pengedar utama eScan dan MailScan di negara ini. eScan disyorkan sekiranya anda memerlukan sebuah perisian antivirus yang berkesan dan dijual pada harga berpatutan.

Penjelasan lanjut mengenai versi percuma ini hanya terdapat dalam Majalah PC edisi Mac 2007.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: