Utama > majalah pc > Virus & kroninya tidak peduli siapa anda

Virus & kroninya tidak peduli siapa anda

MicroWorld eScan Anti-Virus

Boleh jadi anda sudah masak dengan karenah virus dan sekutunya. Tetapi program degil dan nakal ini tidak peduli siapa anda. Kehadirannya tanpa diundang, berjangkit pula secara senyap. Secara tiba-tiba sahaja PC anda menjadi perlahan ketika asyik memuat turun lagu dari internet ke dalam PC kemudian dipindahkan ke dalam pemain MP3 atau telefon bimbit. Darah mula menyirap apabila PC semakin perlahan, ketika itu baru anda terfikir untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan, termasuklah mengimbas menggunakan antivirus.

Selepas mengimbas beberapa lama, prestasi PC anda masih di takuk lama – perlahan malah membosankan. Setelah membuat pemeriksaan lanjut, barulah anda tersedar perisian antivirus anda sudah sekian lama tidak dikemaskini. Maklumlah, dapat versi yang dipakejkan bersama PC yang sedang anda gunakan. Mahu tidak mahu anda terpaksa mencuba antivirus lain yang dimuat turun dari internet, termasuklah yang percuma dan menawarkan pengkalan data virus terkini. Setelah penat mencuba, akhirnya anda terkedu melihat hasilnya.

Rupa-rupanya PC anda terkena jangkitan virus. Spyware dan adware jangan cerita. Sememangnya banyak. Trojan dan key logger pun ada. Anda akur kerana aktiviti melayari internet dan memuat turun bahan-bahan percuma termasuk muzik dan video sudah menjadi rutin harian anda. Tambahan PC anda dilengkapi talian internet berkelajuan tinggi (broadband). Lagi pun anda sedikit cuai kerana membiarkan PC tanpa dilindungi antivirus yang efektif dan selalu dikemas kini. Namun, mulai saat itu anda merancang untuk lebih proaktif.

Apa yang digambarkan tadi bukan senario asing. Boleh jadi lumrah dan mungkin melibatkan sesiapa sahaja yang pernah, sedang atau bakal menggunakan PC dan internet. Sejarah juga membuktikan bahawa ancaman virus dan sekutunya tidak pernah terhenti. Kadangkala gelombangnya turun naik, sesekali membuat kejutan bagaikan gelombang tsunami siber sehingga membuatkan ramai pengguna PC dan internet terjejas. Namun, langkah untuk menanganinya hampir sama – gunakan antivirus terkini, berkesan dan sentiasa berhati-hati.

Untuk info lanjut mengenai cara menangani ancaman tak sudah ini, nantikan Majalah PC edisi Mac 2007.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: