Utama > majalah pc > Gaya hidup digital makin menjadi-jadi

Gaya hidup digital makin menjadi-jadi

Februari 12, 2007 Tinggalkan komen Go to comments

MicroWord eScan Anti-Virus

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula menunjukkan penerapan gaya hidup digital dalam rutin kehidupan masing-masing samada disedari atau sebaliknya. Fenomena terbaru ini bukan sahaja membabitkan kelompok yang mudah menerima teknologi – seperti remaja, pelajar, dan pekerja – malah suri rumah tidak terkecuali.

Ini boleh dibuktikan apabila setiap kali pesta jualan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer dan telefon bimbit diadakan, orang ramai berpusu-pusu datang. Antara faktornya – produk ICT bukan lagi barangan mewah tetapi sudah menjadi keperluan yang mampu dimiliki.

Apa yang kita lihat setiap kali pameran berkonsepkan ICT diadakan, kebanyakan pengeluar memperagakan produk-produk yang berbentuk perkakasan. Namun, apa yang terselindung di sebalik perkakasan itu adalah aplikasi, perisian, atau program yang membolehkan ia berfungsi seperti yang diingini. Contohnya, tanpa sistem operasi (OS) sesebuah komputer tidak berfungsi.

Ini secara tidak langsung menuntut pengguna memahirkan diri mereka menggunakan perisian berkenaan. Seiring dengan kerancakan pembuatan perkakasan, pelbagai pihak giat memajukan perisian/aplikasi, termasuk yang percuma dan yang boleh diakses menerusi internet.

Nak tahu peranti dan aplikasi popular yang dimaksudkan, nantikan Majalah PC edisi Mac 2007 di pasaran.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: