Utama > majalah pc > Telefon berkamera, rakam kelibat UFO terbang.!

Telefon berkamera, rakam kelibat UFO terbang.!

Februari 27, 2007 Tinggalkan komen Go to comments

“Percaya atau tidak? Percayalah..!”

Begitulah lebih kurang dialog biasa seorang pengacara rancangan TV yang pernah tersiar di stesen TV tempatan. Apa yang hendak ditampilkan di sini bukan mengenai rancangan TV itu, tetapi sebuah ‘kisah benar’ yang dilihat sendiri melalui skrin PC. Ringkas cerita, tahun lalu seorang juru foto, yang tidak mahu dikenali, datang untuk meminta bantuan bagi mempastikan sesuatu.

Beliau datang dengan sebuah telefon bimbit berkamera. Menurut ceritanya, beliau berjaya merakam sebuah objek terbang tidak dikenali atau singkatannya UFO. Rakaman itu sebenarnya dilakukan secara tidak sengaja ketika beliau asyik merakamkan pergerakan awan mendung di ruang angkasa, sekitar kediamannya. Tanpa diduga, sebuah objek UFO (rasanya bukan burung besar) melintas pada ketinggian yang boleh dilihat mata kasar.

Setelah menonton semula hasil rakaman melalui telefon bimbit, beliau mengesyaki objek itu sememangnya tidak dikenali. Lantas, beliau meminta bantuan untuk pengesahan. Setelah memindahkan rakaman video itu yang menggunakan format 3GP telefon bimbit berkamera Nokia satu penilaian eksklusif telah dibuat. Hasil rakaman itu turut ditonton melalui perisian VLC Media Player Portable, yang serasi pelbagai format video.

NOTA: selain VLC Media Player ini, anda boleh menggunakan perisian lain yang menyokong format 3GP.

Selepas melakukan ulang tayang, gerak perlahan dan melakukan zum (zoom), terbukti, objek yang melintas itu memang tidak dikenali. Teruja dengan penemuan tidak disangka itu, beliau mengemukakannya kepada sebuah akhbar tabloid popular tempatan untuk diterbitkan. Hasil rakaman itu juga berjaya ‘diasingkan’ agar menjadi imej berformat JPEG (menggunakan perisian percuma lain) untuk memudahkan kerja penerbitan.

Kepada pembaca Majalah PC khususnya, mungkin berminat mencuba perisian VLC Media Player Portable tadi, jika memiliki telefon bimbit berkamera yang menyokong format 3GP. Teknik penggunaan perisian ini juga pernah dijelaskan dalam Majalah PC terdahulu. Siapa tahu, anda mungkin berpeluang merakam ‘detik-detik tidak diduga’ seperti juru foto profesional tadi. INGAT, gunakan teknologi untuk tujuan POSITIF..:)

Hasil rakaman itu ditampilkan menerusi pautan ini untuk dimuat turun dan kajian anda. Kelibatnya muncul hampir di hujung video. Selepas menontonnya, terpulanglah kepada anda samada mahu percaya atau tidak..:) Teruskan membaca Majalah PC.

Sila Klik, Baca dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: