Utama > majalah pc > Melayari internet secara rahsia di kafe siber

Melayari internet secara rahsia di kafe siber

Sebelum ini anda mungkin pernah terperangkap dengan ciri seperti auto-complete atau history pada pelayar web. Akibatnya, orang lain tahu tapak-tapak web yang anda kunjungi. Pendedahan ini mungkin memalukan atau tidak menyenangkan anda.

Ini berbeza dengan Browzar yang tidak menyimpan fail laman web, alamatnya, cookies dan ciri auto-complete. Ia juga tidak memantau aktiviti pelayaran web, jadi anda bebas mencari apa yang diingini, malah ia tidak mengingati apa yang dicari termasuk bahan yang mungkin boleh memalukan.

Kebanyakan pelayar web menawarkan pelayaran pantas, selesa, dan membolehkan tapak web mengenali pengunjung berulang tanpa perlu mendaftar. Meskipun anda boleh memadam (secara manual) jejak seperti history dan item lain yang mengandungi data sensitif, namun kebanyakannya gagal berbuat begitu kerana batasan masa, terlupa atau kurang arif.

Menerusi Browzar, sesiapa sahaja boleh melayari web tanpa jejak meskipun anda menggunakan PC yang sama atau dikongsi. Ia boleh menghalang pendedahan data sensitif pada PC yang dikongsi dan menghadkan risiko identiti dicuri. Versi betanya boleh dimuat turun (download) secara percuma dan ia turut berkongsi beberapa komponen dengan pelayar web Internet Explorer.

Ia tidak perlu dipasang dan membuang semua fail sementara (jejak pelayaran web) apabila ia dimatikan. Privasi barangkali penting bagi sesetengah orang apabila mereka mengunjungi tapak web web tertentu atau menjalankan urusniaga kewangan dalam talian.

Selain menggunakan enjin pelayar web Internet Explorer, ia mengambil masa singkat apabila dimuat turun (failnya kecil), tidak perlu dipasang (install) dan boleh digunakan terus. Jadi, anda bolehlah memuat turun failnya berulang kali, tanpa mengira masa dan lokasi PC untuk melawati tapak web yang diminati.

Ia bebas digunakan pada PC di rumah, pejabat, dan kafe siber asalkan ada sambungan internet. Anda juga boleh membawanya bersama menggunakan storan mudah alih. Menurut penciptanya lagi, pelayar web ini disasarkan kepada pengguna internet yang hendak melayari web tanpa mengenepikan aspek privasi.

Kini, ia dilengkapi fungsi “tab” yang membolehkan anda melayari laman-laman web secara bersebelahan. Ia juga mampu menghapuskan jejak pelayaran secara paksaan (automatik) selain menyediakan menu untuk memadam data tersebut dengan cara yang lebih selamat.

Majalah PC edisi Mac 2007 sudah berada di pasaran dan ada peraduan SUMOlah yang menarik untuk disertai SEKARANG..:)

Sila Klik, Baca dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: