Utama > majalah pc > Pembina blog sedang dikaji tanpa disedari

Pembina blog sedang dikaji tanpa disedari

Betul ke..? Kalau betul, apa salahnya. Tambah pula media blog hari ini semakin mendapat perhatian banyak pihak berkepentingan, termasuklah media-media cetak yang menjadi saingannya.

Banyak cerita menarik yang ditonjolkan pembina blog (blogger) sejak akhir-akhir ini. Antaranya, wanita dikaitkan sebagai golongan yang menguasai dunia blog di Malaysia. Begitulah menurut sebuah artikel yang diterbitkan dalam Majalah PC edisi Februari 2007.

Penemuan ini ada asasnya kerana ia disokong dengan angka-angka yang disimpulkan berdasarkan sebuah kajian pihak MSN dan Windows Live.

Ini jelas membuktikan bahawa sudah ada pihak yang “teruja” untuk menyelidik komuniti blogger yang mula menguasai dunia siber sekarang. Bahkan, anda tidak perlu terkejut jika ada pihak lain turut mengkajinya dengan cara tersendiri dengan motifnya yang mungkin tidak diketahui..:)

Lebih menarik lagi jika tabiat pembina blog ini dikaji secara saintifik. Menurut seorang pakar penyelidikan dan pembangunan (R&D) firma Accenture, data-data tidak berstruktur – seperti e-mel, laman web, dan blog – jika dikaji secara saintifik boleh memberikan kelebihan daya saing kepada sesebuah perniagaan.

Fakta ini dikukuhkan lagi, apabila blog mula menarik perhatian pengiklan, pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan.

Sekarang, perhatikan di persekitaran siber anda. Apabila trend menunjukkan semakin ramai yang menyertai dunia baru ini, maka pembikinan blog terus dipermudahkan. Khidmat membina blog semakin banyak begitu juga khidmat dan perisian yang berkaitan dengannya. Pilih sahaja khidmat yang memenuhi selera anda..:)

Namun pada masa sama, masih ramai pembina blog hari ini yang tercari-cari idea untuk menukarkan blog mereka menjadi sesuatu yang menguntungkan (bukan sekadar membuang masa dan RM).

Majalah PC keluaran yang seterusnya, bakal menyentuh trend baru ini dengan maklumat yang lebih mendalam. Tungguu..!

Sila klik, baca dan bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: