Utama > majalah pc > Kecurian identiti boleh berlaku di kafe siber

Kecurian identiti boleh berlaku di kafe siber

Kalau bukan sedikit, mungkin ramai yang masih mengabaikan aspek keselamatan di kafe-kafe siber (CC). Baik di kalangan pengunjungnya mahupun pengusaha CC itu sendiri – yang penting untung tetap masuk..;)

Sebelum ini, anda mungkin pernah mendengar bahawa komputer di CC juga tidak terkecuali daripada terkena serangan atau ancaman program nakal seperti trojan dan spyware. Ini belum termasuk aktiviti-aktiviti siber yang berunsur tidak sihat.

Bagi sesetengah pengunjung CC, soal keselamatan bukannya satu keutamaan kerana meraka sekadar meluncuri laman-laman web, menyemak/mengirim e-mel, memuat turun lagu atau memainkan permainan (games).

Ini memang betul. Tetapi ada juga segelintir pengguna yang terdesak (mungkin kerana tiada PC di rumah atau di tempat kerja) hingga terpaksa menggunakan komputer di CC bagi menjalankan urusan perbankan.

Ini bukan isu baru, tetapi sering terlepas pandang. Seperti yang anda maklum, sesetengah pengusaha tidak melengkapi CC mereka dengan perisian keselamatan seperti perisian antivirus, antispyware dan firewall.

Jika demikian, pengunjung yang hendak menjalankan urusan sulit seperti perbankan boleh jadi terdedah kepada kecurian identiti penting. Ini termasuklah nama panggilan (username) dan kata laluan (password).

Individu yang berniat tidak baik sering menjadikan individu cuai sebagai sasaran. Pernah berlaku dan tidak mustahil berlaku lagi, apabila ada individu yang mencuri identiti pengguna lain melalui perisian nakal seperti keylogger.

Perisian ini biasanya dipasang atau beroperasi pada komputer (termasuk di CC) tanpa disedari pengguna. Motifnya untuk merekod atau merakam apa sahaja aksara yang ditaip menerusi papan kekunci komputer.

Akibatnya, data sulit anda mungkin dicuri tanpa disedari. Pada masa yang sama individu yang berniat tidak baik itu boleh menggunakan identiti anda untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini. Emmm…memang bahaya tu..!

Jika sekadar melibat akaun e-mel tidak mengapa. Bagaimana, jika ia melibatkan akaun bank dalam talian?

Bagi mengelak daripada menjadi mangsa, seboleh-bolehnya jangan lakukan urusan perbankan di CC. Kalau boleh, lakukan di kiosk yang disediakan bank atau di tempat kerja yang lebih selamat.

Jika anda mahu menguji tahap keselamatan di CC yang dikunjungi, cuba muat turun perisian antivirus ini. Lakukan pengimbasan dan lihat apa yang anda jumpa pada komputer yang anda gunakan.

Langkah pencegahan ini akan disentuh lebih lanjut dalam keluaran Majalah PC yang akan datang. Tunggu..!

Sila klik, baca dan langgan!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: