Utama > majalah pc > Mencari perisian PERCUMA yang membantu

Mencari perisian PERCUMA yang membantu

Akan datang..! Lebih banyak perisian atau aplikasi dihasilkan untuk kegunaan orang ramai. Ini termasuklah aplikasi yang boleh dimiliki dan digunakan secara percuma (freeware). Dipercayai masih ramai pengguna yang tercari-cari pelbagai jenis perisian percuma, termasuklah yang sesuai dengan aktiviti internet mereka.

Contohnya, anda boleh mencipta sebuah risalah berkenaan produk atau khidmat berformat PDF. Dokumen sedemikian boleh dicipta menggunakan perisian percuma seperti PagePlus SE dan PDFCreator. Anda boleh melihat contoh hasilnya di sini, menggunakan pembaca fail PDF (yang juga percuma) seperti Foxit Reader.

Dalam Majalah PC edisi datang, beberapa perisian percuma lain bakal ditampilkan. Siap dengan penjelasan ciri dan cara penggunaannya yang mudah difahami. Biarpun anda boleh menemui keterangan mengenainya dalam internet, namun sesetengahnya terlalu ringkas, tiada gambar dan bukan secara langkah demi langkah.

Tentu menarik, jika anda berpeluang menemui perisian yang didambakan selama ini. Contohnya, ada orang lebih gemar membina blog sendiri dan selebihnya mungkin lebih suka membaca blog orang lain. Tidak kira apa aktiviti internet yang anda suka, pastinya ada perisian PERCUMA yang boleh diserasikan dengannya.

Jadi, nantikan Majalah PC akan datang, yang turut menampilkan beberapa perisian yang dimaksudkan tadi…Tungguu..:)

Sila Klik, Baca & Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Mac 18, 2007 at 8:18 am

    satu usaha yang murni dari majalah pc. lawat juga website saya yang memaparkan pelbagai perisian percuma di http://coolware.blogspot.com. Jika pembaca dan peminat Majalah PC-Xtra inginkan sumber
    tambahan, boleh juga melayari blog ini..:)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: