Utama > majalah pc > Internet berjaya kerana AURA pelayar web?

Internet berjaya kerana AURA pelayar web?

Siapa setuju..? Nampaknya ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak. Rasanya, ada segelintir yang tidak pasti. Tidak mengapa! Apa pun jawapannya, semua adalah betul. Bukan semuanya salah atau “all wrong” (seperti kata kanak-kanak dalam sebuah iklan TV tempatan). Semua jawapan anda pasti ada alasannya..:)

Namun, rasanya ramai yang mengakui bahawa pelayar web adalah salah satu kunci keajayaan internet. Jika tanpanya, tentu pengguna dan penyedia khidmat internet tidak meraih manfaatnya hingga kini. Bayangkan jika tiada pelayar web, tentu khidmat popular seperti Google, Yahoo!, YouTube, dan MySpace juga tiada.

Bahkan, banyak khidmat berasaskan internet yang menggunakan peluncur siber ini untuk menawarkan atau menyampaikan khidmatnya kepada pengguna. Contoh, jika pelayar web tidak dilengkapi aplikasi tambahan (plugin), anda mungkin sukar menonton format video popular (seperti video Flash) di laman web ketika ini.

Nota: topik berkenaan video digital dalam internet akan disentuh dalam Majalah PC edisi April 2007 nanti.

Bukan itu sahaja, pencipta atau pembangun pelayar web juga menyediakan banyak pilihan. Bukan Internet Explorer sahaja. Sekurang-kurangnya ada 10 pelayar web berbeza hari ini. Ini termasuklah Firefox, Flock, Netscape, Safari, K-Meleon, Opera, Browzar, Maxthon, dan banyak lagi. Pilih yang mana anda berkenan!

Sebahagian pelayar web tersebut sudah dijelaskan ciri dan teknik penggunaannya dalam beberapa keluaran Majalah PC terdahulu. Masing-masing memiliki kelebihan dan kelemahan. Kelajuannya memproses laman web juga berbeza-beza. Ada yang sudah lama menyokong RSS dan ada juga yang ‘baru serasi’ dengannya.

Majalah PC akan terus menampilkan topik-topik menarik seperti yang disebutkan tadi dari masa ke semasa..:)

Sila Klik, Baca, Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. September 6, 2015 at 7:22 pm

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: