Utama > majalah pc > AWAS, lindungi koleksi foto berharga anda!

AWAS, lindungi koleksi foto berharga anda!

Apabila foto atau imej semakin meluas digunakan dalam internet (seperti laman web, blog atau album foto), ada kemungkinan anda mahu melindunginya. Lebih-lebih lagi jika foto atau imej tersebut melibatkan karya berharga atau menjadi hak milik yang wajar dilindungi daripada dicuri atau disalahgunakan. Bahaya..:)

Jika demikian, anda boleh berusaha melindunginya menerusi teknik “watermark”. Teknik ini akan melapisi imej atau foto yang hendak dilindungi itu dengan imej lain – yang telus pandangan atau jelas kelihatan, tetapi ia sukar dibuang.

Teknik ini biasanya boleh dilakukan menerusi aplikasi penyunting foto komersial seperti Adobe Photoshop atau seumpamanya. Sebenarnya, anda tidak wajar berbelanja atau menghabiskan banyak duit untuk membeli perisian komersial, jika sekadar hendak menambah kesan watermark pada koleksi foto anda.

Sudah memadai jika anda menggunakan mana-mana perisian pengubahsuaian foto yang boleh diperolehi secara PERCUMA. Memang ada perisian percuma yang bukan sekadar menawarkan fungsi watermark, malah dilengkapi beberapa ciri tambahan yang tidak kurang menariknya selain menawarkan versi mudah alih.

Sesetengah perisian percuma juga terbukti mampu menukar saiz, memotong, menukar nama (dalam jumlah yang banyak secara serentak), memutar, menukar format (seperti JPEG, TIFF, BMP, PNG, GIF), membuat ubahsuai warnanya, dan lain-lain lagi.

Contohnya, selain menggunakan imej sebagai watermark, anda juga boleh menambah teks pada imej – sebagai label atau ciri perlindungan. Prosesnya boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat dan mudah dikendalikan. Jika berminat, bersedialah untuk bereksperimen dengan aplikasi serba guna seperti itu.

Salah satu perisian percuma yang dimaksudkan akan diterangkan fungsi dan langkah penggunaannya dalam Majalah PC edisi April 2007. Jadi, nantikan kemunculannya di pasaran tidak lama lagi.

Tungguuu…:)

Nota: gunakan teknik enkripsi jika menyimpan foto yang terlalu berharga, sulit dan persendirian (P&C).

Sila Klik, Baca & Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: