Utama > majalah pc > PERHATIAN, info percuma untuk dilanggan..!

PERHATIAN, info percuma untuk dilanggan..!

Kini, pembaca dan peminat Majalah PC-Xtra boleh melangan maklumat dan berita berkaitan bidang ICT secara PERCUMA! Selain tidak dikenakan bayaran, anda boleh melanggannya secara dalam talian (online) menerusi PC atau notebook yang anda gunakan. Termasuklah melalui PC di kafe-kafe siber terdekat..:)

Proses langganan ini tidak perlu membebankan atau menggunakan e-mel yang anda gunakan sekarang. Sebaliknya, anda boleh menggunakan pembaca RSS yang bersasaskan web, yang diintegrasikan dengan pelayar web, yang disepadukan dengan aplikasi e-mel, atau perisian khusus untuk membaca info RSS.

Sebelum ini, anda sudah diperkenalkan dengan pelayar web yang menyokong RSS seperti Firefox, dan K-Meleon. Anda juga sudah diperkenalkan dengan pembaca RSS khusus seperti GreatNews. Malah, anda mungkin sudah mencuba pembaca RSS berasaskan web seperti FeedBucket, PageFlakes dan NewsGator.

Sebetulnya, ada banyak pilihan PERCUMA untuk membaca mana-mana saluran RSS termasuk yang ada dalam blog popular ini. Contohnya, anda boleh menggunakan pembaca RSS yang ramah pengguna dan PERCUMA seperti RSSMate. Selain mudah dipasang, ia boleh dimuatkan ke dalam “thumbdrive” anda.

Jangan bimbang, fungsi dan cara penggunaanya ada dijelaskan dalam Majalah PC edisi April 2007. Anda hanya perlu mengklik beberapa kali, dan perhatikan maklumat dan berita terkini disalurkan terus ke dalam PC atau notebook anda. Tanpa mengira di mana anda berada – samada di India atau Australia ketika ini..:)

Bagi memudahkan kerja anda, perisian RSSMate yang telah diisikan dengan saluran info dari Majalah PC-Xtra sudah boleh dimuat turun di sini. Jika, anda mahu mendapatkan versi asalnya, rajin-rajinlah meluncuri tapak web penciptanya di sini. Kemudian, muat turun, pasangkan dan anda boleh mencubanya sendiri.

Tunggu apa lagi? Langgani maklumat dan info terbaru daripada Majalah PC-Xtra, SEKARANG juga… Terima Kasih..:)

Sila Klik, Baca & Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: