Utama > majalah pc > VIDEO internet yang mencetus kontroversi

VIDEO internet yang mencetus kontroversi

Sudah dijangka..! Memang sudah dijangka akan ada pengguna kreatif yang menyalahgunakan kecanggihan teknologi terkini sebaik sahaja ia diperkenalkan kepada umum. Ini bukan salah teknologi, tetapi salah orang yang terlalu bijak menggunakannya dengan cara yang salah, tidak beretika atau tidak betul.

Ambil contoh teknologi video digital. Kalau dahulu, ia cuma membabitkan kelompok tertentu seperti orang yang buat filem atau drama untuk ditonton di TV atau panggung wayang. Tapi kini, video boleh ditonton di mana-mana sahaja – termasuklah komputer, pemain video mudah alih, telefon bimbit dan internet.

Kenapa ada motif negatif seperti itu? Antara sebabnya, sudah terlalu banyak peralatan yang boleh mencipta dan memainkan video. Selain kamera video digital, anda boleh merakam video dengan kamera digital atau telefon bimbit berkamera. Harga peralatan ini pula makin termampu dibeli dan senang digunakan.

Tambah pula terdapat perisian yang boleh menyunting video mengikut cita rasa masing-masing. Terhasilah sebuah wayang (movie) ciptaan sendiri. Lebih menarik lagi, formatnya boleh ditukar supaya serasi dengan media yang mahu digunakan untuk dikongsi/ditonton – seperti VCD, DVD, telefon bimbit dan internet.

Perihal kecanggihan video digital memang menarik kalau dibincangkan. Lebih-lebih lagi kalau ia dikaitkan dengan isu panas dan kontroversi sejak akhir-akhir ini. Kalau video digital ini tidak diminati ramai, tentulah tapak web seperti YouTube tidak sepopular seperti hari ini. Tapi nampaknya bertambah popular…!

Sebab itulah Majalah PC edisi April 2007 teruja untuk mendedahkan kecanggihan teknologi video digital ini kepada pembaca. Edisi yang sarat dengan maklumat menarik ini sudah mula di pasarkan SEKARANG..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: