Utama > majalah pc > Kerana MATA, banyak GAJET sudah dicipta

Kerana MATA, banyak GAJET sudah dicipta

Opppsss…ini bukannya lirik lagu baru atau sajak siber. Tapi itulah hakikatnya, semenjak manusia berjaya mengkaji perihal MATA. Salah satu pancaindera manusia yang perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Kerana deria penglihatan ini juga manusia dapat ilham mencipta kanta, termasuk yang membentuk cermin mata.

Kerana mata juga manusia mendapat idea untuk mencipta kamera dan lensanya. Sebuah gajet canggih yang boleh merakam hampir apa sahaja di sekeliling, termasuk dalam tubuh manusia. Hari ini sudah ada pelbagai bentuk kamera – seperti kamera digital, kamera video, kamera PC dan kamera telefon bimbit.

Dua tahun lepas, satu ujian tidak rasmi dibuat. Sebuah objek menarik dirakam, kemudian diterbit ke dalam majalah. Selepas diterbit beberapa orang dipanggil untuk meneka alat yang digunakan untuk merakam imej objek tersebut. Ada yang menamakan jenis kamera yang dinyatakan tadi. Malangnya, semua tidak tepat!

Jawapannya…menggunakan pengimbas (scanner). Ya, alat pengimbas juga mampu merakam objek (kecuali objek bergerak) selain kamera. Sebabnya, alat ini mampu merakam objek tiga dimensi (3D) selain dokumen/foto. Dengan kata lain, pengimbas juga boleh digunakan sebagai kamera jika keadaan mendesak..:)

Nota: Sebelum kamera digital dicipta, pengimbas sering digunakan untuk menukar foto bercetak menjadi foto digital sehingga hari ini.

Ini menunjukkan bertapa mudahnya anda merakam imej di sekeliling, untuk kenangan – samada berbentuk imej pegun atau bergerak (video). Gajet yang disebutkan tadi juga popular kerana faktor lain. Ini termasuk format output dan medianya yang boleh ditukar dan semakin mudah dikongsi-tonton menerusi internet.

Bayangkan, kalau sebuah fail/klip video yang dahulunya hanya sesuai ditonton menerusi VCD atau DVD, kini mudah ditonton menerusi telefon bimbit, pemain video mudah alih (seperti iPod), dan tapak web atau blog. Itulah kelebihan teknologi video digital terkini yang memanfaatkan teknologi pemampatan video.

Format-format popular yang menggunakan teknologi mampatan ini turut didedah dalam Majalah PC edisi April 2007. Antara format paling popular setakat ini ialah video Flash. Video inilah yang selalu dijadikan “umpan” pengiklan internet hari ini, agar ramai pengguna singgah di tapak web/blog yang mereka taja..:)

Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: