Utama > majalah pc > JERAT SIBER menunggu SI MATA DUITAN

JERAT SIBER menunggu SI MATA DUITAN

Sekarang sudah heboh di sana sini orang bercakap-cakap mengenai pelaburan internet. Tambah pula isu ini sedang rancak dibahas dalam ahkbar-akhbar arus perdana. Antaranya soal status halal dan haramnya dari segi agama dan undang-undang. Tetapi dalam internet trend baru sekelompok warga negara ini bukan isu baru.

Kalau tak percaya, buka sahaja mana-mana pelayar web, taipkan kata kuncinya (keyword) dan klik butang carian (search). Fuyoohh…banyaknya! Ya, memang banyak yang boleh kita temui sumber-sumber yang ada kaitan dengan pelaburan, jualan langsung, dan pemasaran berbilang tingkat (MLM) dalam ruang siber ini.

Sebut sahaja, tapak web, laman blog (biasanya milik peribadi), forum perbincangan, malah e-mel juga tidak terkecuali. Anda senang menemuinya samada secara sengaja atau tidak. Ini bukan perkara luar biasa kerana internet dan kemudahan sampingannya banyak membantu dalam kegiatan bertunjangkan duit seperti tadi.

Begitulah ragam internet yang bukan sahaja boleh mewujudkan jaringan sosial dalam sekelip mata, bahkan juga jaringan bisnes yang sukar diketahui hujung pangkalnya. Jangan disalahkan internet, kerana teknologi ini belum cukup cerdik untuk membezakan aktiviti penggunanya yang berniat baik atau bermotif serong.

Jadi, tidak mustahilah kalau ada kelompok cuba mengambil kesempatan terhadap ‘ruang gelap atau samar’ yang seiring dengan kebaikannya. Ruang inilah yang gemar diterokai ‘pihak-pihak tertentu’ untuk mencuba jerat mereka. Golongan ini bukan hanya sekadar menunjukan kemahiran, tetapi turut meragut duit orang.

Buktinya, kita sudah sudah diperingatkan dengan laporan sahih di media cetak. Antaranya, kerugian kerana menyertai pelaburan internet, ditipu gara-gara terpikat peraduan SMS temberang, duit dalam bank susut dirompak penyangak siber – menggunakan teknik memperdaya (phishing) dan macam-macam lagi.

Tidak terkecuali juga ada yang kreatif dengan menggunakan imej atau video (mengaibkan seseorang) sebagai bahan ugutan bagi mendapatkan duit. Sekali lagi, teknologi canggih – seperti kamera video digital, kamera digital, dan telefon bimbit berkamera disalah guna. Internet pula dijadikan medan aktiviti gelap mereka.

Agak membimbangkan juga apabila muncul teknologi baru yang mula meraih perhatian. Antaranya, teknologi komunikasi bersepadu (unified communication) yang turut menggabungkan komunikasi VoIP (suara di atas protokol internet). Buat masa ini, ia sedang giat dipromosikan untuk kegunaan perniagaan atau syarikat besar.

Malangnya sudah ada pemangsa yang menggunakan teknologi VoIP ini bagi memperdaya mangsanya agar menyerahkan data sulit. Modus operandinya mirip penipuan e-mel atau tapak web (phishing). Disebabkan kegiatan menyalah guna teknologi ini tidak menampakkan kesudahannya, anda dinasihati WASPADA SELALU.

Setidak-tidaknya, pembaca dan peminat Majalah PC tidak dijebak jerat-jerat siber ini yang selalunya MERUGIKAN..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Mac 29, 2007 at 3:45 am

    Salaam alaikum. Tu la psl jika terlalu cepat dan ghairah nak kan kemewahan. Duit bukannya x penting, tp jangan terlalu tamak utk kaya cepat, ke guaner bro??😉
    Cari income yang free pn banyak kat tenet nih, cuba je yang free dan x bayar yuran atau melabur apa2 tu, insyaAllah berbaloi jugak dengan kadar kita usaha.

    Mana ble malas untuk berjaya, apa2 pn kena usaha🙂

    http://earthworld.wordpress.com

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: