Utama > majalah pc > Nampaknya ramai meminati VIDEO FLASH

Nampaknya ramai meminati VIDEO FLASH

Ini bukan temberang! Tak percaya..? Tanyalah tauke-tauke yang sudah membina tapak-tapak web popular, seperti YouTube, MySpace, Google Video, dan macam-macam lagi. Ini selari dengan apa yang dilaporkan dalam Majalah PC edisi April 2007. Buat masa ini Video Flash (FLV dan SWF) sedang menguasai web.

Untunglah pihak-pihak yang menguasai teknologi ini. Antaranya, Adobe yang akhirnya bergabung dengan Macromedia. Sekarang bukan sahaja tapak web komersial atau rasmi, bahkan pembangun laman blog turut teruja dengan keunikan Flash. Video inilah antara tarikan baru untuk melonjak trafik laman web dan blog.

Tentu ramai setuju, gabungan Adobe dan Macromedia memang strategik. Sebelum ini dan sekarang Adobe antara pengeluar perisian penyuntingan video popular seperti Premiere Pro 2.0. Manakala Macromedia pula hebat dalam bermacam jenis perisian multimedia dan web popular – contohnya DreamWeaver dan Flash.

Kemajuan ini tentunya dinanti pengguna yang meminati video digital dan internet. Contohnya, penyunting video digital seperti Adobe Premiere Pro semestinya menyokong format Flash. Dari sebuah fail video yang besar (diambil dari kamera video digital), ia boleh menukarkannya kepada video Flash yang lebih kecil.

Jika anda pernah melihat golongan profesional atau amatur ini menyunting video, memang menarik. Anda boleh menyelitkan bunyi/muzik dan efek-efek menarik. Tak ubah seperti video iklan di TV. Jika berminat, anda boleh mencuba perisian percuma, seperti Movie Maker 2.1 yang melengkapi Windows XP dan Vista.

Selain Adobe Premiere Pro dan Macromedia Flash, format video popular ini juga boleh dihasilkan melalui perisian lain yang kurang popular. Dengan adanya perisian yang disebutkan tadi, memberi peluang kepada pengguna menghasilkan ‘wayang sendiri’ untuk dipertontonkan kepada orang ramai menerusi internet.

Inilah yang sedang rancak dilakukan pihak penaja atau pengiklan dalam internet. Sebaik sahaja anda masuk ke tapak web tertentu, sebuah paparan video terus dimainkan. Kadangkala secara automatik tanpa menekan apa-apa butang. Rupa-rupanya paparan video itu adalah iklan untuk produk, jenama atau perkhidmatan.

Walaupun video Flash paling popular, tidak semua orang meminatinya. Masih ramai yang meminati format video lain yang pernah tersohor dalam web sebelum ini. Antaranya, format Quicktime yang terkenal kerana kualiti videonya. Begitu juga format Windows dan Real yang menguasai siaran/aliran video.

Begitulah antara pengisian menarik untuk peminat video, dalam Majalah PC edisi April 2007 kali ini..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Mac 29, 2007 at 3:48 am

    Ambe pun suka flash dan meminati utk buat flash. Mmg akan datang website2 akan dipenuhi dengan Flash krn menarik, saiz kecik dan fleksibel …….

    http://earthworld.wordpress.com
    🙂

    Peace n justice 4 all

  2. April 2, 2007 at 3:35 am

    kalau dok kena gaya.. mmg website akan jadik berat gile.. kalau kita tgk dan perasan bebetul, mesti setiap website flash ada preload timer ..

    cuba tengok http://www.2advanced.com … mmg hebat webmaster dia…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: