Utama > majalah pc > PELUANG mencabar MINDA di MTE 2007

PELUANG mencabar MINDA di MTE 2007

Rasanya, ramai warga tempatan yang gemar berbelanja sambil menghiburkan hati di tempat-tempat hiburan dan riadah. Itu tidak salah, malah perlu untuk mengimbangi kehidupan yang semakin mencabar. Juga tidak salah, malah digalakkan untuk mengunjungi acara-acara yang boleh mencabar minda atau menimba ilmu.

Terbaru ialah Malaysia Technology Expo 2007 (atau MTE 2007) yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ekspo tahunan yang bermula dari 29 Mac sehingga 31 Mac 2007 ini, menjadi medan untuk penyelidik dan saintis tempatan memperagakan rekaan dan penemuan baru mereka.

Inilah tempat yang memberi orang ramai peluang menyaksi sendiri inovasi-inovasi dari pelbagai industri di negara ini. Termasuklah yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tidak mustahil, jika sebahagian daripada inovasi itu bakal mengubah dan mencorak gaya hidup masyarakat di masa depan.

Acara ini bukan untuk golongan penyelidik dan saintis sahaja. Ia turut disasarkan kepada pihak industri dan orang ramai. Bagi pihak industri mereka boleh merisik inovasi-inovasi yang boleh diangkat menjadi produk komersial. Manakala pelajar dan penuntut boleh menambah ilmu berkaitan bidang/kerjaya yang diminati.

Mereka yang berkesempatan mengunjungi ekspo ini, boleh menyaksikan sendiri apa yang dipamerkan dengan lebih dekat. Andainya diberi peluang, anda boleh bertanya sendiri kepada penyelidik atau staf yang berada di ruang pameran berkenaan. Begitu mudah mencari ilmu – hanya dengan melihat dan bertanya!

Turut serta dalam ekspo berprestij ini ialah Majalah PC, sebuah majalah IT di bawah naungan Karangkraf. Di ruang pameran yang tersedia, anda juga berpeluang menemui majalah-majalah yang lain. Sambil-sambil anda asyik meneliti inovasi terbaru dari penyelidik tempatan, sudi-sudikan singgah di gerai Majalah PC..:)

Majalah PC di MTE 2007!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: