Utama > majalah pc > Pengguna CUAI digemari penyangak SIBER

Pengguna CUAI digemari penyangak SIBER

Pernahkah anda terlihat notis peringatan di mesin-mesin ATM di seluruh negara? Tentu pernah, jika anda sering ke mesin tersebut – apabila pokai atau tengah banyak duit (biasanya di awal bulan). Mesej peringatan itu jarang ditemui sebelum ini. Apa puncanya? Ini semua hendak mengingatkan mereka yang selalu cuai.

Maklumlah, siapa yang tidak teruja atau melompat gembira apabila menerima sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan anda (kononnya) bertuah atau terpilih sebagai pemenang. Tambahan pula ia dikaitkan dengan sesuatu program yang diminati ramai. Disitulah bermulanya helah pemangsa untuk menjerat mangsanya.

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan sindiket atau aktiviti gelap yang menggunakan e-mel dan tapak web palsu (mirip tapak web bank dan syarikat kewangan) untuk menipu orang ramai yang mudah termakan umpan mereka. Mujurlah, pihak berkuasa pantas menumpaskan sindiket ini sebelum kerugian meningkat.

Muslihat yang membabitkan e-mel dan tapak web ini biasanya dipanggil phishing. Ia ibarat menjerat orang dengan umpan yang seolah-olah boleh dipercayai. Selain e-mel dan tapak web penipuan juga boleh berlaku melalui SMS atau panggilan telefon – termasuklah panggilan telefon yang menggunakan teknologi VoIP.

Nota: bahaya ancaman penipuan (phishing) ini pernah ditampilkan dalam Majalah PC keluaran terdahulu.

Bagi membantu pihak berkuasa sekali gus mengelak diperdaya, kesedaran amat penting. Peringatan seperti ini dapat menyedarkan orang ramai dari masa ke semasa. Selain pihak berkuasa, bank, syarikat kewangan, dan media, pujian juga harus diberikan kepada syarikat telekomunikasi kerana mengambil langkah sama.

Kes-kes sedemikian menunjukkan ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kecanggihan teknologi dan kecuaian orang ramai. Jika ramai yang mahu kaya, boleh jadi penyangak siber ini lebih beria-ia hendak kaya segera. Namun, tipu daya seperti ini masih boleh dihindar jika kita selalu berhati-hati dan tidak lalai.

Anggaplah mesej ini sebagai peringatan lanjutan atau tambahan kepada notis-notis peringatan sedia ada..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: