Utama > majalah pc > Kemahiran yang kian POPULAR di bandar

Kemahiran yang kian POPULAR di bandar

Beberapa tahun lepas, banyak betul kolej atau institusi pengajian IT yang menawarkan kemahiran teknologi maklumat (IT) dan komputer. Bak kata orang lama-lama “tumbuh macam cendawan selepas hujan”. Dalam tempoh tersebut ada yang masih hidup sampai sekarang dan ada yang terpaksa gulung tikar kerana gagal bertahan.

Maklumlah, institusi kemahiran ini dianggap bisnes juga, ada pasang dan surutnya. Tambah pula saingan semakin sengit, kerana banyak institusi lain (kerajaan dan swasta) yang menawarkan kursus hampir serupa dengan pakej berbeza. Disebabkan saingan yang sengit banyak yang berebut untuk mendapatkan pelajar.

Satu daripada kursus yang popular atau diminati ramai ialah membaik pulih komputer. Sehingga sekarang, kursus ini masih ada permintaannya. Di sesetengah institusi kemahiran kursus ini dipakejkan dengan kursus rangkaian komputer. Tak kisahlah, yang penting graduannya mendapat kerja atau boleh buat bisnes sendiri.

Mungkin disebabkan terlalu banyak saingan, sesetengah pusat kemahiran menawarkan kursus lain. Selain komputer, apa lagi yang diminati orang terutamanya di bandar-bandar? Bagaimana dengan telefon bimbit? Contohnya, kursus membaik pulih telefon bimbit! Ada sesiapa yang berminat menyertainya sekarang ini?

Sebenarnya, kursus ini boleh dikatakan baru, lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan kursus membaik pulih komputer yang sudah lama bertapak. Barangkali kerana telefon bimbit nampak lebih ringkas daripada komputer. Satu lagi faktornya, mungkin belum ramai yang menguasai atau pakar dalam bidang baru ini.

Tetapi tidak mustahil jika kemahiran ini semakin popular. Malah permintaan rasanya tetap ada dan semakin bertambah. Perhatikan sahaja di bandar-bandar besar atau pekan-pekan kecil. Pasti ada kedai-kedai menjual telefon bimbit. Sesetengahnya mampu memberi khidmat membaik pulih telefon bimbit yang bermasalah.

Buktinya, ada pengguna yang pernah dikenakan caj puluhan ringgit (RM), gara-gara telefon bimbit barunya dicemari virus seperti Cabir. Tanpa perlu memeningkan kepala pengguna ini terus menghantarnya ke kedai untuk dipulihkan. Itu baru masalah virus. Bagaimana dengan kerosakan kecil atau gangguan yang lain?

Nota: panduan atau cara-cara menyingkirkan virus telefon bimbit seperti Cabir juga pernah disiarkan dalam Majalah PC.

Di sinilah orang-orang yang berjiwa usahawan melihatnya sebagai peluang untuk membuat duit. Tambahan kursus membaik pulih telefon bimbit ini memang disasarkan untuk mereka yang teruja menjadi usahawan telekomunikasi. Pendek kata, kamahiran baru ini memang berpotensi sebagai satu sumber pendapatan..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: