Utama > majalah pc > Rupanya CANTIK dan PANDAI menyanyi

Rupanya CANTIK dan PANDAI menyanyi

Jangan salah sangka! Tajuk di atas tiada kaitan sama sekali dengan sesiapa pun – baik artis, personaliti TV, atau model popular. Sebenarnya, ia hanya gambaran ringkas yang merujuk kepada gajet-gajet menarik yang pernah disiarkan dalam Majalah PC edisi April 2007. Soalnya, apa yang dianggap cantik dan pandai itu?

Beberapa tahun yang lalu, agak jarang kita mendengar atau menyebut perkataan gajet (gadget). Tetapi hari ini, ia bukan perkataan asing bahkan selalu digunakan – lebih-lebih lagi di kalangan remaja atau golongan muda mudi. Satu ketika, perkataan ini agak kontroversi kerana meminjam terus dari perkataan Inggeris.

Isu meminjam istilah ini mungkin remeh atau terpencil. Sedangkan peranti teknologi ini nyata memberikan impak terhadap gaya hidup orang ramai masa kini. Secara umum, gajet boleh dianggap sebagai peranti atau alat yang memiliki fungsi dan kegunaan tertentu. Hari ini, ia sering dikaitkan dengan peralatan elektronik.

Apabila disebut alat elektronik, mula terlintas di minda kita, produk-produk seperti telefon bimbit, kamera digital, pembantu peribadi digital (PDA), pemain MP3, pemain video mudah alih, kamera video digital, dan tidak terkecuali notebook. Ya, produk seperti inilah yang mula mencorakkan gaya hidup kita pada hari ini.

Tidak percaya? Sekarang, perhatikan orang ramai di sekeliling anda. Baik di pejabat, di tempat kerja, dalam kenderaan awam atau di rumah. Masing-masing mengenggam atau mungkin berada tidak jauh dari telefon bimbit mereka. Bahkan, telefon bimbit si anak lebih canggih daripada telefon bimbit bapa dan ibu mereka.

Itu belum diambil kira gajet lain yang digunakan, seperti pemain MP3 dan kamera digital. Daripada senarai gajet yang tersebut tadi, nampaknya telefon bimbit lebih digemari atau lebih popular berbanding gajet lain. Sebabnya, ia merupakan alat komunikasi, banyak kegunaan, mampu milik, dan caj SMS semakin murah.

Bagi golongan muda-mudi, mereka mudah terliur dengan keunikan reka bentuknya selain kecanggihan ciri-ciri yang dimilikinya. Lihatlah telefon bimbit sekarang. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk berhubung, bahkan mampu merakam foto, mengalunkan muzik terkini, menayangkan video atau menjadi radio mini.

Kadangkala anda mungkin terkedu sekejap apabila dimarahi seseorang yang berada di sekeliling anda tanpa diketahui sebabnya. Rupa-rupanya orang itu sedang memarahi orang lain (bukan anda) yang dihubunginya melalui telefon bimbit berkuasa Bluetooth atau alat bebas tangan tanpa wayar.

Begitulah impak gajet, yang sekali sekala mengejutkan kita…:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. Mac 18, 2015 at 1:27 am

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: