Utama > majalah pc > MENEPIS ancaman VIRUS ketika TERDESAK

MENEPIS ancaman VIRUS ketika TERDESAK

Jika PC anda tidak diilindungi sebarang antivirus dan khuatir dijangkiti virus, anda boleh mencuba mana-mana pengimbas dalam talian (online) – dengan syarat ada sambungan internet. Pengimbas berasaskan web ini hanya langkah sementara, tetapi ia berguna ketika kecemasan.

Pengimbas dalam talian ini juga boleh digunakan untuk menguji tahap perlindungan antivirus yang sedang digunakan. Jadi, jangan terkejut jika ia menemui virus yang bejaya memasuki PC anda tanpa dapat dikesan oleh antivirus yang sedang anda gunakan.

Perlu diingat, sesetengah program hanya membuat imbasan virus terhadap PC anda. Dengan kata lain tidak membuangnya virus ditemui. Tetapi ada juga yang boleh mengimbas secara menyeluruh, membasmi virus yang dapat dikesan dan mampu menyingkirkan spyware.

Biasanya, Internet Explorer diperlukan untuk mengakses kebanyakan pengimbas dalam talian ini kerana ia menjalankan skrip ActiveX untuk berfungsi. Antara pengimbas virus dalam talian termasuklah BitDefender Online, Panda ActiveScan, RAV AntiVirus Online Virus Scan dan Trend Housecall.

Sementara itu, antivirus yang beroperasi menerusi pemacu USB juga boleh dijadikan alternatif kerana saiz definisi antivirus hari ini semakin membesar. Selain itu, tidak semua antivirus beroperasi dalam Safe Mode untuk membasmi sistem yang sudah dicemari.

Sesetengah program nakal (malware) hari ini juga menyerang antivirus atau menyekat operasinya apabila anda mahu mengimbas PC yang dicemari. Satu kelebihan antivirus mudah alih ialah senang dimuat turun untuk dimasukkan ke dalam storan USB sebelum ia digunakan untuk mengimbas PC tercemar.

Ketika ini tidak banyak syarikat antivirus yang menyokong teknologi USB ini dan sesetengah orang hanya berminat menjadikannya storan USB sebagai tempat simpanan data. Harga storan USB yang makin murah mungkin boleh ditingkatkan jika dipakejkan bersama antivirus mudah alih.

Memang tidak dinafikan, antivirus mudah alih ini mampu mengesan dan membasmi program nakal. Tetapi, ia bukan pengganti kepada antivirus yang masih perlu dipasang dan beroperasi dalam sistem.

Jika berminat, anda boleh mencuba antivirus mudah alih seperti Portable AntiVirus, MWAV, dan Clamwin Portable. Perisian Portable AntiVirus contohnya merupakan antivirus mudah alih ciptaan tempatan (anak Malaysia) yang patut dicuba sekarang.

Semua pengimbas virus percuma itu boleh dimasukkan ke dalam aplikasi mudah alih seperti PortableApps. Jika anda ingin tahu lebih lajut mengenai pelbagai ancaman internet terkini, nantikan Majalah PC edisi Mei 2007. Tungguu..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: