Utama > majalah pc > SALURAN berita dan maklumat EKSKLUSIF

SALURAN berita dan maklumat EKSKLUSIF

Betul atau tidak? Pelbagai sumber maklumat yang semakin melimpah pada hari ini menjadikan orang ramai semakin memilih. Ada yang perlahan-lahan meninggalkan akhbar atau majalah bercetak kerana lebih suka atau tertarik dengan kandungan media elektronik atau digital, contohnya tapak web atau laman blog.

Adakah pembaca teruja dengan kandungan media baru ini atau terpikat dengan kecanggihannya? Boleh jadi kedua-dua faktor ini mempengaruhi minat mereka. Paling nyata, media baru seperti blog bukan sahaja lebih mudah dikendalikan malah interaktif kerana pembaca boleh memberikan maklum balas atau komen.

Sebenarnya, ada beberapa tarikan lain yang dikaitkan atau melibatkan media baru ini. Contohnya, pihak pengendali dan pembaca boleh menjalinkan hubungan eksklusif – dengan melanggan maklumat atau berita yang diminati. Ini tidak lagi mustahil jika anda menggunakan saluran RSS (really simple syndication).

Istilah yang merujuk kepada saluran unik penyampaian berita ini barangkali baru kepada sesetengah orang. Tetapi bukan pelik di kalangan peminat atau pembaca Majalah PC yang telah mengikuti beberapa keluaran sebelum ini. Malah, topik menarik yang berkaitan dengannya masih disentuh dalam edisi akan datang.

Pembaca yang pernah mengikuti beberapa keluaran sebelum ini mungkin sudah mencuba beberapa aplikasi RSS yang disarankan. Ini meliputi pembaca RSS yang berasaskan pelayar web (seperti Firefox), pembaca RSS berasaskan web (seperti Bloglines), dan perisian RSS khas (seperti GreatNews atau RSSMate).

Jika anda pernah mencuba mana-mana pembaca RSS yang disebutkan, anda pasti dapat memahami fungsi dan kelebihan masing-masing. Pilihan yang pelbagai ini juga membolehkan anda memilih mana-mana aplikasi yang menepati cita rasa masing-masing. Malah, aplikasi terkini terus dicipta untuk menyokongnya.

Terbaru, anda mungkin pernah terpandang iklan peranti bimbit atau mudah alih seperti Samsung SGH-i600 Ultra Messaging samada di media elektronik atau media cetak. Peranti unik ini dikatakan boleh menyokong pelbagai teknologi terkini seperti 3G, EDGE, WiFi, Bluetooth, internet, e-mel, multimedia dan tidak terkecuali RSS.

Ini menunjukkan bahawa peranti yang menggunakan sistem operasi (OS) Microsoft Windows Mobile 5 ini mirip sebuah komputer kecil yang boleh dibawa bergerak.

Selain boleh digunakan untuk berhubung, ia juga boleh melanggan maklumat – termasuklah berita EKSKLUSIF yang boleh diterima ketika penggunanya berjalan-jalan, bercuti atau bersantai..;)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: