Utama > majalah pc > JOM kita TEROKA keunikan media BARU

JOM kita TEROKA keunikan media BARU

Ada pihak yang menggelarnya media baru. Jika baru, sudah tentu berbeza dengan media-media yang sudah wujud sekian lama sehingga kini. Lebih jelas lagi, ia sering dikaitkan dengan media elektronik atau media digital, yang bergantung kepada kemudahan internet. Apa istimewanya sehingga ramai ingin meneroka?

Sejak diperkenalkan, tidak ramai yang boleh melihat potensinya. Contohnya di awal tahun 90-an, komputer boleh dibilang dengan jari. Ketika itu, kemudahan internet entahkan ada entahkan tidak di negara ini. Jika ada pun terlalu ramai mahu mencubanya. Bayang sebuah komputer perlu dikongsi dengan ribuan orang..!

Itu situasi lebih sedekad lalu. Sekarang tidak lagi begitu. Malah, ada orang sekarang yang mempunyai lebih daripada sebuah komputer. Mungkin sebuah di tempat kerja, sebuah di rumah, atau sebuah lagi jenis yang boleh dibawa ke sana sini – notebook. Lebih hebat lagi, semuanya lengkap dengan kemudahan internet.

Jika sedekad lalu anda terpaksa menunggu lebih sejam untuk menayang laman-laman web. Sekarang tidak lagi, apabila komputer semakin canggih dengan sambungan internet lebih cepat – jalur lebar. Pastinya lebih menarik jika anda menggunakan kemudahan WiFi, GPRS, EDGE, 3G dan yang bakal meletop WiMax!

Sebenarnya, kemudahan berkenaan memberikan anda peluang baru: menerima, menyampai, atau berkongsi maklumat. Sudah ramai yang mengambil peluang ini dengan mendirikan tapak web dan laman blog dengan motif tersendiri. Ini dimeriahkan lagi dengan kemunculan ‘komputer kecil’ yang boleh mengakses internet.

Sedikit sebanyak, Majalah PC edisi seterusnya akan menyentuh kemajuan menarik yang disebutkan tadi..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. Ogos 23, 2016 at 11:30 pm

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: