Utama > majalah pc > Anda mencari pemain MEDIA serba guna?

Anda mencari pemain MEDIA serba guna?

Aplikasi multimedia yang anda gunakan mungkin gagal menayangkan video dengan format tertentu seperti 3GP atau FLV. Format 3GP lazimnya digunakan dalam telefon bimbit, manakala format FLV (video Flash) makin popular digunakan di tapak web atau laman blog.

Kadangkala, anda mungkin terpaksa menggunakan pelbagai aplikasi atau perisian yang hanya menyokong format tertentu. Bukankah lebih baik jika anda mempunyai sebuah aplikasi multimedia yang serba boleh? Kesukaran ini mungkin boleh diatasi jika anda menggunakan sebuah pemain media serba guna.

Selain dilengkapi pelbagai ciri, sebuah pemain versatil biasanya menyokong pelbagai format. Sebaik sahaja ia dipasang, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan pemain lain. Contohnya, proses memain semula video lebih menarik jika perisian itu dilengkapi fungsi yang membolehkan anda menukar cara tayangan.

Contohnya, anda boleh menajamkan paparan, mengubah ciri imej, menggunakan penapis, atau mengambil babak video untuk dijadikan imej. Bagaimana? Adakah perisian anda sekarang mempunyai ciri seperti ini?

Sebenarnya, memang ada perisian yang mampu menyokong banyak format media. Ini termasuklah VCD, DVD, AVI, MKV, Ogg Theora, OGM, 3GP, MPEG-1/2/4, WMV, RealMedia, dan QuickTime.

Nota: jika berminat, anda boleh memuat turun dan menonton klip video atau ‘trailer’ sebuah animasi 3D tempatan yang menggunakan format AVI di sini.

Bahkan, ada yang mampu menangani pelbagai sarikata, boleh memainkan fail media yang tidak lengkap, atau terkunci ketika dimuat turun. Ada juga yang menyediakan kesan visual, mengawal kelajuan tayangan, menukar rupa pemuka atau menukar konfigurasinya. Pendek kata, sifatnya lebih anjal dan praktikal.

Satu daripada perisian multimedia atau pemain media pelbagai format yang dimaksudkan akan didedahkan dalam Majalah PC edisi Mei 2007 nanti, yang akan muncul di pasaran tidak lama lagi. Sementara itu, edisi April sudah ada di pasaran. Sila dapat SEGERA sementara stok masih ada – CETAKAN TERHAD..!

Anda juga boleh melanggan maklumat terkini laman Majalah PC Xtra ini menerusi aplikasi RSSMate..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. April 15, 2012 at 5:30 am

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: