Utama > majalah pc > Memilih perisian ANTIVIRUS paling sesuai

Memilih perisian ANTIVIRUS paling sesuai

Orang ramai tetap datang berpusu-pusu, berhimpit dan bergesel sesama sendiri semata-mata mahu mencari atau membeli produk yang diingini. Sebahagiannya sekadar datang untuk meninjau produk-produk terkini, yang ada di pasaran dan pulang dengan tangan kosong – tanpa membeli sebarang produk atau barangan.

Fenomena sebegitu sememangnya biasa setiap kali pesta jualan PC diadakan di beberapa lokasi terpilih, di seluruh negara. Paling ketara pesta jualan yang diadakan di Kuala Lumpur, yang menjadi tumpuan peminat dan pengguna produk ICT di sekitar Lembah Klang. Sambutannya tetap hangat setiap kali ia diadakan.

Contohnya, PC Fair 2007 anjuran PIKOM yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Acara yang diadakan beberapa kali setahun ini ada daya tarikan tersendiri. Antaranya wujud persaingan dan kuasa tawar menawar. Saingan sihat dan sengit berlaku di kalangan penjual manakala kuasa tawar menawar di antara penjual dan pembeli. Produk yang djual bukan sahaja pelbagai malah harganya berpatutan.

Bagi pembeli, di sinilah peluang mereka mendapat tawaran menarik. Setiap penjual pastinya cuba memujuk orang ramai membeli produk mereka. Tidak semua yang termakan pujuk, sebaliknya ramai yang membuat perbandingan harga sebelum membuat keputusan membelinya. Jika bernasib baik, mereka mendapat harga terendah.

Biasanya harga produk yang dijual lebih rendah dari harga semasanya. Ini kerana tempoh pesta jualan yang singkat sedangkan penjualnya perlu menjual produk mereka sebanyak mungkin. Sehubungan itu, timbullah suasana tawar-menawar dan sesetengah penjual cuba melelong produk tertentu atau di hari akhir pesta.

Kebanyakan produk yang dijual di pesta jualan PC adalah perkakasan atau peranti komputer. Selain itu, ada juga yang menjual perisian termasuklah sistem operasi (OS) dan antivirus. Seperti kebanyakan perkakasan PC, perisian seperti antivirus juga ditawarkan dengan harga menarik – lebih rendah dari harga biasa.

Meskipun harga boleh mempengaruhi keputusan anda untuk membeli antivirus tertentu, namun ada banyak faktor lain yang patut diteliti. Ini meliputi kesesuaiannya dengan keperluan semasa anda, keberkesanannya dalam mengesan dan membanteras virus, fungsi tambahan, pengiktirafan dan sifat mesra pengguna.

Panduan memilih antivirus paling sesuai untuk melindungi komputer anda akan ditampilkan dalam Majalah PC edisi Mei 2007. Kriteria pemilihan yang dinyatakan tadi akan dijelaskan secara terperinci..:)

Pengumuman: Majalah PC edisi Mei 2007 yang semakin padat dengan maklumat ICT menarik sudah mula dipasarkan di seluruh negara. Jadi, sila dapatkan SEKARANG, sementara stok masih ada di kedai terdekat – CETAKAN TERHAD..!

Anda juga boleh melanggan maklumat terkini laman Majalah PC Xtra ini menerusi aplikasi RSSMate..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. April 27, 2007 at 5:02 pm

    tidak perlu beli bila anda boleh dapatkan avg antivirus / avast dan sebagainya dengan percuma. anda juga boleh mencuba kombinasi perisian sumber terbuka antivirus clam av dan winpooch secara percuma.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: