Utama > majalah pc > Sudah TERKENA baru hendak BERTINDAK

Sudah TERKENA baru hendak BERTINDAK

Sudah terhantuk baru nak tengadah! Atau, sudah terkena baru tersedar dan hendak bertindak. Kurang lebih begitulah, kalau mahu digambarkan tabiat segelintir pengguna komputer dan internet yang kurang prihatin. Tidak patut juga mereka ini dipersalahkan bulat-bulat kerana mereka mungkin kurang arif mengenainya.

Betul, tidak semua orang suka ambil tahu perihal keselamatan komputer, internet dan data. Bagi mereka, ini mungkin tidak penting atau menjadi tugas staf teknologi maklumat (IT), jika di tempat kerja. Tanggapan ini mungkin berubah, jika mereka tahu bahawa ancaman siber boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian.

Bayangkan, hari ini sahaja muncul pelbagai ancaman siber dan sebahagiannya dicop sebagai program jahat atau malware. Ini termasuklah virus, cecacing (worm), spyware, adware, trojan, botnet, phishing, spam, dan lain-lain lagi. Masing-masing merbahaya dan sebahagiannya boleh dikerah untuk ‘serangan bersepadu’.

Ancaman sedemikian mendapat perhatian serius pembuat produk keselamatan seperti antivirus. Disebabkan ancaman ini semakin canggih dan selalu berubah, pembuat antivirus terpaksa mengeluarkan produk-produk yang lebih efektif dan dinamik. Ini termasuklah menggabungkan fungsi tambahan seperti anti-spyware.

Sehubungan itu, terciptalah pakej antivirus yang dinamakan ‘sut keselamatan internet’. Antara jenamanya termasuklah: BitDefender, Kaspersky, F-Secure Anti-Virus, PC-Cillin, ESET Nod32, McAfee VirusScan, Norton AntiVirus, AVG AntiVirus, CA Antivirus, Norman Virus Control, dan eScan AntiVirus.

Bagi pengguna yang sudah biasa menggunakan antivirus, mungkin sudah kenal dengan nama-nama popular seperti Norton, PC-Cillin, dan McAfee. Antivirus ini sudah muncul sejak sekian lama, bahkan ada peminat yang tersendiri. Namun, kedudukannya tidak selalu berada di puncak jika dilihat dari aspek-aspek lain.

Ini ekoran kemunculan produk saingan. Sebahagiannya masih baru, tetapi keberkesanan teknologinya tidak harus diketepikan. Nama-nama seperti BitDefender, Kaspersky, F-Secure Anti-Virus, ESET Nod32, AVG AntiVirus, dan eScan AntiVirus juga harus diberikan perhatian apabila memilih antivirus yang sesuai.

Jika tidak berminat dengan antivirus versi percuma, anda boleh membeli antivirus yang dijual dengan harga serendah RM50, RM68, atau RM110 – untuk penggunaan selama setahun. Selain harganya berpatutan anda boleh mendapat perlindungan yang memuaskan. Ini lebih baik daripada tiada perlindungan langsung..;)

Apa pun, setakat memasang antivirus masih belum memadai. Sebaliknya anda perlu melakukan tugas-tugas lain bagi memastikan fungsinya lebih berkesan. Antaranya memastikan ia dikemaskini dari masa ke semasa dan menukar ketetapannya mengikut keperluan semasa anda. Bukannya dipasang, kemudian dibiarkan..:)

Perihal ancaman siber dan antivirus yang disentuh tadi turut dijelaskan secara panjang lebar dalam Majalah PC edisi Mei yang sudah berada di pasaran. Edisi baru yang lebih padat ini juga akan menemui pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (dari 26 April – 6 Mei 2007) yang diadakan di PWTC nanti…)

Jadi, dapatkan naskah anda sekarang sementara stok masih ada di kedai terdekat. CETAKAN TERHAD..!

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: