Utama > majalah pc > Keselamatan bermakna TIADA kompromi

Keselamatan bermakna TIADA kompromi

Jika ada banyak pilihan, tentu ramai yang suka ‘kerana berpeluang memilih’. Contohnya paling biasa, ialah jenama komputer peribadi (PC) atau notebook yang anda gunakan. Selain jenama, pilihan juga boleh dibuat berdasarkan harga sesuatu produk atau bajet yang disediakan untuk memenuhi keperluan semasa anda.

Selain jenama dan harga, sekali lagi anda perlu membuat pilihan mengenai sistem operasi (OS) yang sesuai digunakan. Tentu ramai yang masih menyukai OS popular, seperti Windows XP, meskipun Windows Vista sudah beberapa bulan berada di pasaran. Tidak terkecuali, ada juga yang memilih saingannya, Linux..:)

Berdasarkan situasi semasa, masih ramai yang belum beralih kepada Vista. Ini terbukti apabila pembuat PC masih menawarkan XP. Antara faktornya mungkin Vista masih baru, kekukuhan ciri keselamatannya boleh jadi masih diragui, harganya juga lebih mahal, dan kehendak spesifikasi perkakasannya juga lebih tinggi.

Jika kos menjadi sandaran, sesetengah orang barangkali membeli PC baru berasaskan XP. Penjimatan bajet yang dinikmati itu mungkin boleh disalurkan untuk tujuan lain. Antaranya boleh dilaburkan untuk membeli perisian antivirus yang paling sesuai – untuk melindungi aset atau data yang mungkin sangat bernilai.

Ini juga bergantung kepada siapa anda? Bagi sesetengah orang soal keselamatan bermakna tiada kompromi. Jika demikian, nampaknya sekali lagi anda terpaksa membuat pilihan, kerana ada pelbagai jenama perisian antivirus di pasaran. Anda boleh memilih jenama terbaik tetapi mahal atau bagus tetapi mampu dimiliki.

Sebenarnya, vendor antivirus sekarang bersaing sengit untuk menguasai pasaran global. Selain jenama dari Amerika Syarikat, ada juga jenama dari negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Sepanyol, Russia, Findland dan Norway. Tidak terkecuali juga dari negara-negara Asia seperti India, Korea, dan Malaysia.

Setiap jenama tampil dengan kekuatan masing-masing. Samada dari segi keupayaannya mengesan ancaman internet yang pelbagai, ciri-ciri tambahan, khidmat sokongan atau harganya. Wujudnya pelbagai antivirus ini mungkin turut mencerminkan bertapa hebatnya ancaman internet yang dihadapi dunia pada hari ini.

Ancaman tersebut juga tidak mengenal sempadan. Maknanya komputer milik pengguna tidak kira di negara mana ia berada berpotensi terkena ancaman internet. Apa yang menarik, komputer yang telah ditawan atau dicemari boleh diperalatkan untuk menyerang atau menjangkiti komputer lain tanpa disedari pemiliknya.

Anda boleh menilai sendiri sejauh mana ancaman yang melanda dunia internet hari ini berdasarkan statistik dan laporan yang dipaparkan dalam Majalah PC edisi Mei 2007 yang sudah ada di pasaran. Jangan terkejut, jika Malaysia turut menyumbang kepada ancaman tersebut dan berada dalam ranking yang tersendiri..he he he..:)

Tunggu apa lagi, dapatkan senaskah di pasaran sekarang sementara stok masih ada. CETAKAN TERHAD..!

Anda juga boleh melanggan maklumat terkini laman Majalah PC Xtra ini menerusi aplikasi RSSMate..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. April 26, 2007 at 7:19 am

    linux juga boleh menjadi merbahaya jika tidak dipatch / diselenggara dengan betul. kit keselamatan seperti iptables / rkhunter membuktikan keselamatan juga aspek penting yang tidak boleh dipandang ringan dalam sistem operasi linux.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: