Utama > majalah pc > Ramalan dan spekulasi MUSUH halimunan

Ramalan dan spekulasi MUSUH halimunan

Suka atau tidak, pengguna komputer dan internet terpaksa juga ambil tahu perihal musuh ‘halimunan’ yang sering menganggu mereka. Lebih-lebih lagi, jika mereka selalu menggunakan aplikasi internet dan e-mel. Aplikasi ini sering menjadi perantara untuk menjejaskan jaringan berjuta-juta komputer di seluruh dunia.

Apakah musuh halimunan yang dimaksudkan ini?

Pasti ramai yang meletakkan virus di tempat teratas yang telah ‘dilabel’ sebagai musuh utama pengguna komputer sejak sekian lama. Bahkan, ancamannya pada hari ini dan masa akan datang dijangka lebih hebat, jika disertai ancaman lain yang sama-sama berniat jahat.

Bayangkan jika pihak berniat jahat yang mampu mengerahkan ancaman-ancaman itu tidak bertindak secara bersendirian. Mereka mungkin bertindak secara berkumpulan dan motifnya bukan lagi untuk terkenal tetapi untuk mendapat untung. Ini boleh melibatkan serangan bersepadu yang menggunakan pelbagai ancaman.

Menurut vendor perisian keselamatan, motif ancaman siber juga mengalami evolusi. Di peringkat awalnya ia bermotif untuk merosakkan komputer, kemudian melumpuhkan rangkaian (untuk menjadi terkenal), dan hari ini untuk mendapatkan pulangan. Ini termasuklah menipu, mencuri dan menjual data-data bernilai.

Tidak dinafikan juga, virus-virus baru dicipta setiap hari. Selain virus, pengguna pernah diganggu cecacing, spyware, adware, trojan, rootkit, dan botnet. Kelompok ancaman ini biasanya dicop sebagai malware. Oleh kerana motifnya boleh berubah dan ancaman baru terus dihasilkan, maka ia mewujudkan trend tersendiri.

Sehubungan itu, vendor-vendor produk dan khidmat keselamatan terus memantau aktiviti berunsur jenayah ini dari masa ke semasa. Contohnya, setiap tahun laporan keselamatan yang berupa ramalan dan spekulasi tetapi disokong oleh fakta dan statistik terus dikeluarkan untuk makluman pengguna, perniagaan dan industri.

Sebahagiannya diterbitkan melalui tapak web rasminya, media elektronik dan media cetak. Tidak terkecuali majalah berkonsepkan teknologi maklumat (IT), seperti Majalah PC. Edisi Mei 2007 misalnya, menyajikan beberapa laporan menarik pihak vendor keselamatan yang mengkaji perkembangan musuh halimunan ini.

Tunggu apa lagi, dapatkan naskah anda di pasaran sekarang sementara masih ada. CETAKAN TERHAD! Anda juga boleh melanggan maklumat info tambahan Majalah PC Xtra ini menerusi aplikasi RSSMate..:)

JANGAN LUPA..!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang selalu dinantikan kembali lagi. Acara tahunan ini masih bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bermula dari 27 April sehingga 6 Mei 2007.

Jadi, datanglah beramai-ramai dan sudi-sudikan singgah di ruang pameran Majalah PC dan Karangkraf..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: