Utama > majalah pc > Majalah PC temui peminat di Pesta Buku

Majalah PC temui peminat di Pesta Buku

Terima Kasih banyak-banyak! Ditujukan khusus kepada pengunjung yang sudi singgah ke ruang pameran Majalah PC, sempena Pesta Buku Antarabangsa 2007. Ruang pameran dan jualan yang terletak di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC ini mula diserbu peminat dan pembaca sejak hari pertama lagi, pada 27 April lepas.

Sesiapa yang berhasrat untuk datang ke sini (terutamanya penduduk di sekitar Lembah Klang) masih belum terlewat. Masih ada beberapa hari lagi sebelum pesta tahunan ini melabuhkan tirainya, 6 Mei nanti. Inilah masanya untuk peminat/pembaca merealisasikan sasaran sejuta pengunjung ke pesta buku pada tahun ini.

Bolehkah?

Pasti boleh jika mendapat sokongan padu di kalangan pembaca dan peminat buku yang semakin bertambah di negara kita. Dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak terkecuali ibu bapa. Pesta ini juga boleh dijadikan titik tolak untuk menjadikan membaca sebagai budaya di kalangan warga negara.

Menurut seorang remaja yang juga pelajar institusi penjajian tinggi (IPT) tempatan, kunjungannya ke pesta buku kali ini untuk mencari bahan bacaan tambahan kepada apa yang dipelajarinya di dewan kuliah. Beliau yang mengikuti pengajian teknologi malumat (IT) turut memilih Majalah PC sebagai satu sumber rujukan.

Selain Majalah PC, banyak lagi sumber bacaan menarik – samada dalam bentuk majalah dan buku pelbagai genre hasil terbitan Karangkraf. Semuanya ditempatkan dalam sebuah dewan yang selesa dan lapang, sekali gus memudahkan pengunjung meninjau dan membuat pilihan.

KUNJUNGAN anda semua SANGAT DIHARGAI..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: