Utama > majalah pc > Telefon bimbit boleh AIBKAN tuannya!

Telefon bimbit boleh AIBKAN tuannya!

Apabila tajuk di atas dibaca secara sepintas lalu, maksudnya mungkin sedikit pelik. Tetapi jika ia dikaitkan dengan beberapa insiden sebelum ini, terbukti ia bukan aneh, sebaliknya betul-betul berlaku. Malah, akhbar juga pernah melaporkan insiden tersebut sebagai berita yang bukan sahaja melucukan tetapi mengaibkan.

Soalnya sekarang, bagaimana insiden yang dimaksudkan itu boleh berlaku? Adakah ia disebabkan ancaman virus telefon bimbit yang canggih tetapi berniat jahat. Ini juga tidak mustahil boleh berlaku kerana sebelum ini ancaman jahat seperti pendail (dialer) boleh mengarahkan komputer mendail ke nombor bercaj tinggi.

Jadi, situasi yang sama juga boleh berlaku jika wujud ancaman yang sama menyerang atau memperalatkan telefon pintar (smartphone). Disebabkan peralatan komunikasi ini mirip sebuah komputer kecil, maka tidak mustahil jika ia boleh diperalatkan (tanpa disedari pemiliknya), seperti sebuah komputer suatu hari nanti.

Bagaimanapun, kebanyakan insiden yang berlaku sebelum ini bukan disebabkan acaman program bermotif jahat (malware). Tetapi kerana kecuaian pengguna atau pemilik telefon bimbit. Disebabkan alat komunikasi ini menjadi sebahagian gaya hidup moden masa kini, maka ia jarang sekali berengang dengan pemiliknya.

Bayang, ketika pengguna bergerak ke mana-mana, telefon bimbit pastinya akan terselit dalam poket seluar (poket hadapan, sisi atau belakang). Malah, ketika pemiliknya tidur sekali pun telefon bimbit ini tetap setia menemani – samada di tepi katil, di bawah bantal atau di lokasi-lokasi berdekatan di sekitar kamar tidur.

Berdasarkan cerita akhbar sebelum ini dan insiden yang pernah dialami oleh beberapa rakan, telefon bimbit kesayangan mereka mendail telefon bimbit lain tanpa disedari atau disengaja. Telefon bimbit (milik rakan atau sesiapa sahaja) yang dihubungi itu tentu sekali ada nombornya dalam telefon bimbit yang mendail itu.

Ini boleh berlaku tanpa anda sedari. Jika telefon bimbit itu berada dalam poket seluar atau di bawah bantal, anda mungkin tertekan atau terpicit butang untuk mendail. Tambahan, kebanyakan telefon bimbit masa kini turut dilengkapi fungsi mendail pantas (untuk menjimatkan masa) dengan mengklik satu butang sahaja.

Kebanyakan model telefon bimbit juga tidak dilengkapi penutup butangnya, seperti model cengkerang yang boleh dilipat. Bagi telefon bimbit yang terdedah butangnya boleh mengalami insiden seperti ini. Meskipun ia menyediakan fungsi pengunci butang, adakalanya fungsi itu tidak sempat atau terlupa untuk diaktifkan.

Akibatnya, telefon itu mendail sendiri telefon orang lain tanpa disedari pemiliknya. Orang yang menerima panggilan mungkin percaya panggilan itu betul, tetapi akhirnya terpinga-pinga kerana sapaan “hello” tidak berbalas. Jika panggilan “misteri” ini terus diterima dan dibiarkan, sudah tentu caj panggilan terus berjalan.

Sekadar kehilangan beberapa ringgit (RM) nilai kredit pra-bayar mungkin tidak menjadi masalah kerana caj perkhidmatannya hari ini semakin murah. Bagaimana jika panggilan misteri itu boleh menyebabkan orang lain naik angin. Lebih dasyat lagi jika ia menghantar audio atau bunyi yang mungkin mengaibkan anda..:)

Nota: Insiden yang mengaibkan ini juga pernah berlaku di luar negara hingga berakhir dengan kes saman menyaman..:)

Apa pun, dapatkan Majalah PC edisi Mei 2007 yang sudah berada di pasaran, sementara stok masih ada..:)

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. Mac 12, 2015 at 8:18 pm

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: