Utama > majalah pc > Antivirus TERJEJAS jika memori terbatas!

Antivirus TERJEJAS jika memori terbatas!

Hakikat ini mampu dibuktikan jika anda berpeluang mencuba atau menguji sendiri beberapa antivirus yang ada di pasaran. Melalui ujian itu anda dapat mempelajari sesuatu yang mungkin terlepas pandang. Ada juga pengetahuan yang sudah diketahui, tetapi ia tidak pernah dibuktikan dengan mata atau pengalaman sendiri.

Lebih baik jika anda menguji antivirus itu dalam keadaan PC sudah tercemar atau sentiasa dalam keadaan terancam. Contohnya, anda gemar melakukan aktiviti yang berisiko seperti berkongsi fail menerusi perisian P2P atau memuat turun fail di tapak web berisiko. Antaranya, tapak web yang mengedar perisian tercemar.

Satu lagi ujian ialah menggunakan PC atau notebook yang anda gunakan sekarang. Menurut sebuah artikel dalam Majalah PC edisi Mei 2007, anda disyorkan mematuhi spesifikasi minimum sistem yang diperlukan. Jika kehendak minimum ini tidak dipatuhi, apa yang akan berlaku? Adakah antivirus anda sia-sia belaka?

Sebelum menjawab persoalan tadi, elok juga diperjelaskan maksud keperluan minimum. Ia sering merujuk kepada spesifikasi PC yang anda gunakan seperti kapasiti memori (RAM), ruang pemacu keras, dan sistem operasinya (OS). Antara perkakasan yang penting untuk membolehkan antivirus beroperasi ialah memori.

Jika anda menjalankan antivirus pada sistem yang tidak cukup memori atau sekadar ‘cukup-cukup makan’, nescaya ada gangguan akan muncul dan ia mungkin tidak digemari. Contohnya, di peringkat awal imbasan, antivirus anda berjalan seperti biasa. Tetapi, bila tiba di tengah jalan ia tewas, sebelum sampai ke puncak!

Imbasan yang tidak sampai ke tahap puncak (berjaya mengimbas seluruh sistem) ini membuktikan bahawa memori cukup penting. Tambah pula saiz perisian antivirus semakin besar (termasuk definisi virusnya) dan aplikasi lain dalam sistem anda turut menggunakan memori yang sama. Ini boleh menimbulkan perebutan.

Jika gangguan seperti ini pernah anda hadapi, jangan lekas kecewa. Antivirus anda masih boleh digunakan, cuma kelebihan fungsinya terbatas. Mujurlah kebanyakan antivirus menyediakan beberapa kaedah imbasan seperti imbasan apabila diminta, imbasan masa-nyata, imbasan ketika mengakses, dan imbasan heuristik.

Masalah memori tidak cukup timbul ketika anda menjalankan imbasan apabila diminta atau secara manual. Operasi kedua-dua cara imbasan ini mendambakan ruang memori yang besar. Contohnya anda mengimbas semua pemacu yang ada dan imbasan itu mungkin melibatkan semua jenis fail (program, arkib dan data).

Pada masa yang sama, tidak semua orang mampu menaik taraf kapasiti memori PC-nya dengan serta merta. Jika begitu, anda hanya boleh bergantung kepada teknik imbasan lain dan menetapkan tahap perlindungan paling minimum. Jika imbasan manual perlu dilakukan, mungkin melibatkan folder dan fail tertentu sahaja.

Selain itu, anda boleh mematikan mana-mana aplikasi yang cuba membolot memori apabila imbasan secara manual atau mengikut permintaan di jalankan. Maknanya anda mengkhususkan memori untuk menjalankan proses imbasan sahaja. Pada masa sama, anda boleh mencongak untuk menambah memori atau sebaliknya.

Sila Klik, Baca Dan Bookmark!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: