Utama > majalah pc > Gajet POPULAR kerana PC dan INTERNET?

Gajet POPULAR kerana PC dan INTERNET?

Dari satu sudut, PC sesuai dijadikan perantara di antara gajet dan internet. Anda boleh menggunakan PC ini untuk memindah fail media dari internet dan begitulah sebaliknya. Selain itu, PC yang dilengkapi perisian tertentu boleh digunakan untuk memproses atau mengurus media dari kedua-dua sumber tadi.

Contohnya, rakaman video dari kamera video digital boleh disunting dahulu pada PC sebelum dikongsi menerusi tapak web. Kemudian ia dimuat turun dan dipindah ke dalam pemain media mudah alih untuk dimainkan semula.

Proses memindahkan fail media dari gajet ke dalam PC atau sebaliknya tiada masalah. Ini boleh dilakukan kerana gajet juga dilengkapi kabel penghubung seperti USB. Malah sesetengah gajet dilengkapi sambungan wayarles Bluetooth atau Wi-Fi seperti telefon bimbit, PDA, dan kamera digital.

PC juga berperanan sebagai storan. Apabila storan gajet sudah penuh, muatannya boleh dipindahkan ke dalam PC. Begitu juga sumber internet – seperti podcast yang dimuat turun – yang menunggu masa untuk dipindah ke dalam storan gajet.

Apabila wujud perhubungan langsung di antara gajet, PC dan internet, anda perlu berhati-hati. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan gajet yang disebutkan tadi dilengkapi storan dalam bentuk kad kad memori flash atau pemacu keras.

Sementara PC pula selalu menjadi mangsa serangan virus dan cecacing yang berpunca dari internet atau e-mel. Pada masa yang sama virus dan cecacing turut memilih storan gajet sebagai vektor atau pembawanya untuk menjangkiti PC lain. Ini berlaku apabila gajet itu dihubungkan pada PC tercemar.

Majalah PC edisi Jun 2007 sudah berada di pasaran sekarang ini. Edisi pada kali ini akan memfokus kepada topik berkaitan gajet dan beberapa topik lain yang menarik. Terima kasih juga diucapkan kepada peminat dan pembaca yang sudi singgah di gerai Majalah PC di Pesta Buku Antarabangsa KL baru baru ini..:)

Anda boleh memuat turun aplikasi untuk melanggan maklumat dan berita yang disiarkan di laman blog ini dari masa ke semasa. Untuk memuat turunnya (download), klik pada ikon muat turun di bawah ini. Selamat mencuba sekarang..:)

Aplikasi untuk melanggan info di laman web ini!

Kategori:majalah pc
  1. Jun 17, 2007 at 6:30 am

    instead of guna rssmate and boleh juga guna feedreader atau google reader online.
    Nota: selain itu, GreatNews, Snarfer, Bloglines, FeedURL, dan Ziepod juga boleh digunakan..:)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: