Utama > majalah pc > MPC Jun 2007 tampilkan gajet tercanggih!

MPC Jun 2007 tampilkan gajet tercanggih!

iPhone merupakan satu ‘nama pilihan’ yang pernah menimbulkan pertikaian di antara dua syarikat gergasi teknologi – Apple dan Cisco (Linksys) – sebelum ini. Nama yang menjadi rebutan ini semestinya unik dan ada nilainya yang tersendiri. Satu nama ini mewakili ciptaan canggih yang digunakan untuk berkomunikasi.

Ciptaan Apple merupakan peranti pelbagai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan untuk berkomunikasi malah mampu mengendalikan pelbagai media. Ia juga dikatakan mampu mengakses internet dan dilengkapi sambungan tanpa wayar. Sebagai gajet multimedia, ia tentunya boleh menarik minat ramai pengguna gajet.

Sementara itu, rekaan Cisco (Linksys) turut digunakan untuk berhubung sebagai fungsi utamanya. Telefon ini menggunakan teknologi protokol internet (IP) sebagai teras untuk berhubungan. Apa yang menariknya, teknologi suara menerusi IP (VoIP) juga semakin pesat berkembang dan popular di kalangan pengguna.

Apa yang tersebut tadi sebenarnya hanya sebahagian daripada rekaan atau gajet terkini yang muncul. Malah yang ada sekarang pun sudah tidak terkira banyaknya. Pada masa sama, ia turut menunjukkan trend baru di masa depan. Ia mungkin menunjukkan bertapa gajet mula diterima menjadi sebahagian gaya hidup terkini.

Kalau mahu dikategorikan, gajet yang berkonsepkan komunikasi dan multimedia lebih mendapat tempat di hati penggemarnya. Menyedari hakikat ini, pembuatnya berlumba-lumba menghasilkan gajet pelbagai guna yang menggabungkan kedua-dua konsep tadi. Selain menjadi alat komunikasi ia juga menjadi alat hiburan.

Contohnya, kebanyakan telefon bimbit berciri pintar hari ini dilengkapi kamera yang boleh merakam video. Ia juga dilengkapi skrin yang cukup untuk memaparkan imej dan memainkan video. Selain itu ia juga boleh mendendang lagu, menghantar pelbagai bentuk mesej dan sesetengahnya boleh melayari internet atau web.

Teruja dengan kemunculan gajet-gajet baru yang semakin canggih dan serba guna ini, Majalah PC edisi Jun 2007 menjadikannya sebagai fokus. Antara yang menarik: kemunculan pelbagai gajet unik, kemampuannya menyimpan dan berkongsi data. Manakala PC dan internet menambah tarikan terhadap gajet canggih ini..:)

Majalah PC Jun 2007 sudah mula beredar di pasaran sekarang ini. Dapatkan sementara stok MASIH ADA. Anda boleh memuat turun aplikasi untuk melanggan maklumat dan berita yang disiarkan di laman blog ini dari masa ke semasa. Untuk memuat turunnya (download), klik pada ikon di bawah ini.

Selain itu anda boleh menggunakan perisian Snarfer seperti yang tersiar dalam Majalah PC edisi Mei 2007.

Aplikasi untuk melanggan info di laman web ini!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: