Utama > majalah pc > Notebook makin canggih tetapi merbahaya?

Notebook makin canggih tetapi merbahaya?

Baru-baru ini, sempat juga sembang-sembang bersama ‘orang kuat’ dari syarikat pembuat komputer (PC dan notebook) yang tersohor di dunia. Beliau mengutarakan fakta-fakta menarik untuk dibualkan, khasnya yang melibatkan industri pembuatan PC yang semakin sengit dan cita rasa pengguna yang berubah.

Antara yang menarik menurut beliau, permintaan terhadap PC desktop masih meningkat namun permintaan terhadap notebook lebih drastik. Bagi sesetengah pihak (khasnya yang terlibat dalam industri ini), ia bukan perkembangan pelik, bahkan sudah dijangka. Ini juga berdasarkan perkembangan semasa di sekeliling kita.

Katanya lagi, di negara-negara maju penggunaan dan pemilikan komputer riba atau lebih mesra dipanggil laptop sudah menjadi satu trend atau ikutan. Ia mula menjadi sebahagian gaya hidup khususnya di kalangan individu berkerja tanpa mengira jantina. Malah, pelajar juga lebih selesa jika membimbit komputer riba ini.

Tambahnya lagi, individu wanita berkerjaya juga selesa bergaya dengan alat elektronik ini. Membimbitnya, seolah-olah membimbit sebuah tas atau beg tangan. Jika demikian, sudah tentu mereka gemarkan notebook yang ringan (tidak perlu disandang) dengan rekaan menarik (agar sama anggun dengan gaya pemiliknya).

Jelaslah bahawa, banyak pembuat notebook menyedari perubahan ini. Lantas, tindakan segera telah diambil dengan mengeluarkan pelbagai model notebook yang dapat memenuhi keperluan pengguna sasarannya. Ini meliputi notebook ringan yang berprestasi tinggi, rupa menarik dan lasak apabila dibawa.

Perubahan cita rasa pengguna ini juga mendorong syarikat pembuat mencipta model yang cukup ringan dan nipis. Maka, terciptalah model-model yang dilabel sebagai sangat mudah alih (ultra-portable) dan PC tablet (tablet PC). Sesetengah model PC tablet ini bukan sahaja ringan tetapi paparan atau skrinnya boleh diputar.

Bagaimanapun, sesetengah PC tablet tidak dilengkapi skrin berasingan (seperti notebook biasa). Sebaliknya skrin itu dicantum bersama ‘badannya’. Melihatkan kepada reka bentuk dan sifatnya yang amat mudah alih, ia mirip sebuah gajet yang senang dibawa. Pada masa sama ia memiliki keupayaan mirip sebuah notebook.

Sementara itu, ada satu lagi isu menarik untuk diperkatakan. Isu ini turut disentuh oleh pakar-pakar syarikat pembuat perisian keselamatan. Seorang pakar yang ditemui mengingatkan pengguna bahawa komputer riba boleh menjadi penyumbang kepada jangkitan virus ke dalam rangkaian syarikat tanpa disedari pemiliknya.

Katanya, ini boleh berlaku kerana notebook selalu dibawa bergerak. Contohnya, diangkut pulang ke rumah, digunakan di premis yang ada akses internet tanpa wayar (WiFi), dan disambungkan kepada peranti mudah alih (seperti pemain MP3). Pada masa sama pengguna cuai atau tidak mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

Contohnya, notebook mereka tidak dilengkapi perisian antivirus yang berkesan atau selalu dikemaskini. Ini menyebabkan notebook itu terdedah kepada pelbagai jangkitan dan sebahagiannya tidak disedari. Notebook tercemar ini kemudiannya disambungkan ke rangkaian komputer di pejabat yang berpotensi dicemari pula.

Bagi mengelak notebook anda menjangkiti PC lain, anda boleh mencuba antivirus percuma dan mudah alih ini untuk membuat imbasan serta merta. Pada masa sama, tingkatkan pengetahuan anda mengenai antivirus dan gajet menerusi Majalah PC di pasaran atau melanggan info percuma di sini.

Bertindaklah sekarang..:)

Muat turun antivirus PERCUMA!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: