Utama > majalah pc > Terbukti, storan lapok PUPUS jua akhirnya!

Terbukti, storan lapok PUPUS jua akhirnya!

Terbuktilah sekarang..! Kelibat storan lapok seperti cakera liut atau disket akhirnya hampir tiada, samada di rumah atau di tempat kerja, yang menggunakan PC. Jika ada yang masih menggunakanya hanya segelintir sahaja, mungkin kerana terpaksa atau tiada pilihan lain. Antara sebabnya, PC versi lama masih digunakan.

Apa pun alasannya, teknologi lama seperti disket ini pasti akan disisihkan apabila tiba masanya. Teknologi terkini seperti flash drive (atau lebih mesra dipanggil thumbdrive) sedia menanti, dengan ciri lebih menarik. Bukan sahaja gaya dan kapastitinya menjadi tarikan, malah harganya yang kian rendah kerana persaingan.

Bayangkan. Dengan berbelanja sebanyak RM 39 (harga pasaran ketika pos ini ditulis), anda boleh memiliki storan flash jenama Kingston berkapasiti 1 Gigabait (GB). Jika harganya serendah ini, tentunya ramai yang ingin melupakan disket. Bahkan, pemacu flash yang lebih rendah kapasitinya juga jarang dijual di pasaran.

Mungkin kerana populariti dan sokongan terhadap storan USB ini, menjadikan pemacu disket terus hilang senarai spesifikasi PC dan notebook terkini. Sebaliknya, pemacu lama ini digantikan dengan beberapa port USB 2.0 yang berbaris pada casis PC atau notebook terbaru. Sekurang-kurangnya dua port USB 2.0 akan disediakan.

Dalam pada itu, ramai juga menunggu kemunculan satu lagi storan berteknologi flash. Tetapi, storan canggih ini bukan untuk dipasang pada port USB, tetapi bakal menyaingi pemacu keras yang sedia ada. Sebenarnya, Samsung dan pembuat lain sudah pun menampilkan pemacu baru yang digelar Solid State Drive atau Solid State Disk (SSD) ini.

Khabarnya, Samsung sudah mampu mengeluarkan SSD dengan muatan sekurang-kurang 32 GB. Manakala saiz fizikalnya cuma 2.5 inci atau 1.8 inci. Saiz sekecil ini tentunya seduai untuk melengkapi notebook atau peranti mudah alih dan ringan. Pemacu ini turut menggunakan pemuka IDE buat masa ini (SATA bakal menyusul) seperti cakera keras sedia ada.

Notebook baru, Dell Latitude juga akan menggunakan SSD.

Kelahiran teknologi baru tentunya menjanjikan sesuatu yang menarik. Contohnya, SSD ini dikatakan lebih pantas dan lebih lasak berbanding pemacu keras biasa yang menggunakan komponen mekanikal (bergerak). Cuma, yang menjadi halangan ketika ini ialah kos membuatnya yang bakal mempengaruhi harganya kelak. Tunggu le yer..:)

Nota: bagi mengelak PC dicemari perosak internet, anda boleh mencuba antivirus percuma dan mudah alih ini untuk membuat imbasan serta merta. Pada masa sama, tingkatkan pengetahuan anda mengenai antivirus dan gajet menerusi Majalah PC di pasaran atau melanggan info percuma di sini.

Bertindaklah SEKARANG..:)

Muat turun aplikasi PERCUMA!

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: