Utama > majalah pc > Khidmat jaringan sosial jadi magnet internet!

Khidmat jaringan sosial jadi magnet internet!

Secara tiba-tiba sahaja muka depan (cover) Majalah PC kali ini (Julai 2007) bertukar wajah atau ada sedikit kelainan. Sejak sekian lama majalah IT ini amat jarang menggunakan elemen manusia di kulit depan, tetapi tidak pada kali ini. Apa rasionalnya? Itu anda kenalah tanya pihak editorialnya atau buatlah andaian sendiri..:)

Bagi kebanyakan orang, elemen manusia memang tidak boleh dipisahkan dengan teknologi. Ini disebabkan teknologi memang direka untuk kegunaan manusia. Lihat sahaja teknologi internet yang berkembang pesat, kerana ramai manusia teruja dengan kelebihannya. Malah, internet berjaya mengubah gaya hidup manusia.

Tidak lama dulu, khidmat internet terkandas beberapa hari. Lantas, ramai yang marah-marah dan merungut kerana gagal meneruskan aktiviti yang memerlukan talian internet. Antara yang tergugat termasuk syarikat yang berurusan melalui internet dan tidak terkecuali orang biasa yang menggunakan pelbagai aplikasi web.

Pernah disebut sebelum ini, teknologi internet sudah berjaya menghasilkan pelbagai aplikasi yang berupaya untuk mewujudkan jaringan sosial manusia. Lebih-lebih dengan kemajuan teknologi Web 2.0 yang melatari pelbagai aplikasi berasaskan web yang menarik sejak akhir-akhir ini. Contoh yang popular ialah web blog.

Sebenarnya ada banyak khidmat web berkonsepkan jaringan sosial hari ini. Anda mungkin pernah, sedang dan akan menggunakan khidmat seperti Myspace, Friendster, Flickr, Blogger, WordPress, dan banyak lagi. Melalui ciri-ciri jaringan yang ditawarkan, khidmat ini mampu menarik minat orang ramai di seluruh dunia.

Menerusi kecanggihan Web 2.0, pembangunnya boleh mencipta sebuah aplikasi yang interaktif dan mudah digunakan. Boleh dikatakan sesiapa sahaja boleh menggunakannya dan bebas memilih khidmat yang paling sesuai dengan cita rasa mereka. Kini sudah ramai pengguna yang mempunyai blog atau album web sendiri.

Begitu juga dengan jejaka yang terpilih menghiasi muka depan Majalah PC kali ini. Khabarnya beliau turut tertarik menggunakan aplikasi web popular seperti Myspace dan Flickr. Tambah pula beliau sudah bergelar model, artis dan selebriti ketika ini. Tentu banyak yang boleh dikongsi dengan peminatnya melalui internet.

Edisi Julai 2007 kini ada di pasaran. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada. CETAKAN TERHAD! Jika berminat, anda juga boleh melanggan maklumat dari laman web ini melalui aplikasi PERCUMA ini.

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: