Utama > majalah pc > Bahaya tempias MALWARE bersifat khusus!

Bahaya tempias MALWARE bersifat khusus!

Setakat ini, belum ada perisian antivirus atau sut keselamatan internet yang menjamin kekebalan mutlak PC atau perlindungan seratus peratus (100%). Kebanyakan pengeluarnya mensasarkan keberkesanan mengesan sehingga 99%. Ini juga membayangkan bahawa kemungkinan PC anda dijangkiti tetap ada meskipun kecil.

Jika mengikut ujian yang dibuat oleh penilai bebas, banyak perisian antivirus yang mendapat skor melebihi 90%. Ini meliputi jenama seperti Norton, PC-cillin (perhatikan gambar), Kaspersky, McAfee, BitDefender, dan banyak lagi. Manakala ranking setiap jenama boleh berbeza mengikut aspek penilaian yang dilakukan.

Contoh sut keselamatan internet

Bagaimana situasi ini boleh berlaku? Ini perkara biasa, kerana sesuatu jenama mungkin menyerlah dari segi keberkesanan mengesan pelbagai virus. Tetapi dari aspek lain, seperti ciri tambahan mungkin masih kurang berbanding jenama lain. Jadi, penilaian semua aspek perlu dibuat untuk mendapat keputusan yang dianggap terbaik.

Apa pun, memiliki jenama terhebat sekali pun belum cukup. Sebabnya, peratusan tahap perlindungan yang diharapkan boleh menurun jika ia tidak digunakan dengan cara yang betul. Contohnya gagal mengemaskini apabila perlu, memilih ketetapan yang sesuai, dan mengenepikan amalan perkomputeran yang disarankan.

Seperti yang kita ketahui, ancaman baru yang perlu dikesan antivirus, muncul setiap hari dan tanpa mengira lokasi geografinya. Jika ancaman ganas (seperti Fujack dan Looked) menyerang pengguna di negara China, ini tidak bermakna PC pengguna di sini boleh terlepas. Bukankah ancaman malware tiada sempadannya?

Tambah pula, trend ancaman perisian jahat (malware) hari ini boleh bersifat serantau, wilayah atau khusus. Ia boleh menyerang rangkaian komputer serantau sebelum tempias ke rantau lain. Malah, sasarannya boleh jadi syarikat atau khidmat dalam talian di negara tertentu bagi meraih pulangan yang berbentuk kewangan.

Kesan yang dialami negara atau rantau berjiran mungkin tidak sehebat sasaran asalnya. Tetapi kemusnahan atau gangguan yang bakal dialami tetap ada. Jadi, langkah berjaga-jaga memang perlu terutamanya apabila mendapat amaran atau maklumat daripada pengeluar antivirus. Tujuannya bagi mengelak menjadi mangsa.

Seperkara lagi yang perlu diketahui ialah ketangkasan antivirus yang digunakan. Berdasarkan rekod-rekod lepas, tidak semua antivirus mampu mengesan ancaman baru (termasuk variannya), secara serentak selepas kemunculannya. Ada yang boleh mengesannya lebih awal dan berjaya membuat analisis secara mendalam.

Contohnya, jika ancaman itu bermula di Asia, ada kemungkinan antivirus yang dominan di rantau tersebut lebih awal menjejaknya dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, mereka yang menggunakan antivirus yang agak lambat bertindak patut lebih waspada dan mengambil langkah tambahan. Ingat, PC anda tidak kebal 100%.

Majalah PC edisi Julai 2007 kini ada di pasaran. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada. CETAKAN TERHAD! Jika berminat, anda juga boleh melanggan maklumat dari laman web ini melalui aplikasi PERCUMA ini..:)

Kategori:majalah pc
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: